‘Solar Mama’ Pertama Malaysia, Mendiang Tarihing Masnim MeninggaI Dunia

‘Solar Mama’ Pertama Kelahiran Borneo MeninggaI Dunia
Perkhabaran duk4 untuk Sabah, khususnya bagi konteks pergeIutan komuniti marginal di pedalaman. Ahad baru-baru ini (7 Ogos 2022), seorang figura pribumi dari sebuah desa kecil di ceruk utara Sabah, dijemput pulang bertemu Sang Pencipta.
T4kziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang Tarihing Masnim (48 tahun).
Pada tahun 2014, wanita ini terbang beribu batu, merentas dua lautan (China dan Hindi), teluk (Benggala) dan selat (Melaka) dalam misi kembara ilmu. Mendi4ng datang belajar teknologi pemasangan lampu solar di Rajasthan, India — di bawah tajaan sebuah NGO antarabangsa.
Sekembali dari latihan di India (6 bulan berpisah dengan keluarga), wanita penoreh getah ini membantu memasang lampu solar untuk lebih kurang 100 rumah di Kampung Sonsogon Magandai, Kota Marudu. Beliau turut melatih sekumpulan wanita lokal untuk mewarisi kemahiran teknikal yang sama.
Petempatan terpencil yang jauh tersorok dari talian grid elektrik ini, diberi cahaya hasil kegigihan seorang wanita yang tidak pernah pun belajar secara formal, membaca dan menulis.
Pada tahun 2017, sekumpulan krew sebuah produksi dokumentari (Syareel Izam Ali et. al) telah cuba menjejak beliau di Magandai, Kota Marudu. Kerana beliau dicalonkan sebagai salah seorang ikon pribumi Borneo. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian kerana kereta pacuan empat roda yang dinaiki gagal sampai ke kediaman mendiang Tarihing. Bayangkan betapa mencabar laluan menuju ke ceruk terpencil ini!
Wanita dengan semangat besi dan cita-cita penuh berapi ini, kini sudah meninggalkan alam yang fana. Tetapi Kampung Sonsogon dan desa-desa berhampiran — nescaya akan terus diterangi cahaya untuk tahun-tahun mendatang. Kerana peng0rbanan dan kegigihan seorang wirawati sejati.
Sekadar refleksi dan renungan diri. Kalangan kita, yang diberi nikmat pendidikan sampai menara gading dengan laluan penuh cahaya terang — berapa banyak rumah yang telah kita suluh dengan sinar? Barangkali kita lebih banyak bersengketa, saling berIawan memadam lampu hingga sepanjang jalan yang kita sama-sama lalui, semakin geIap dan guIita.
@Prof Dr Rem Dambul
#RemRefleksi
Sumber : Jumriati_abdullah