Bapa Tunggal Tabah Jaga 5 Anak Istimewa

Menguruskan anak-anak ramai berseorangan dan dalam masa sama mencari nafkah untuk semuanya, apatah lagi mereka adalah anak istimewa bukanlah mudah. Berat mata kita melihat, berat lagi beban di bahu seorang bapa ini.

Abdul Rani Mat, 62, dari Kampung Rumbia, Beserah, Kuantan, Pahang kini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan 5 orang anak istimewanya setelah isteri, Zawiyah Mahmud, 58, mening,gal dunia pada 24 April lalu.

Seperti yang ramai maklum, anak-anak istimewa perlu dipantau dan diuruskan kerana mereka tidak pandai menguruskan diri sendiri.

Begitu juga yang dilakukan Abdul Rani terhadap kelima-lima anaknya; Mohamad Asrul Nizam, 37, Siti Nurul Ashikin, 34, Mohamad Iskandar, 30, Mohamad Ikmal Hakimi, 23, dan Mohamad Amir Azwan, 19.

Walau kesemua anak istimewa itu tidak boleh bercakap sejak kecil, mujur mereka faham dan dengar jika bapa mereka bercakap dengan mereka.

Semasa hayat isterinya, mereka bersama-sama mengurus 5 anak tersebut. Ketika itu, dia boleh melakukan pelbagai kerja setelah berpen,cen tentera termasuk menjadi pemandu lori.

Namun setelah pemergiannya, segala beban ditanggung sendiri. “Kini, saya tidak boleh keluar bekerja jauh, hanya buat kerja-kerja kampung kerana tumpuan perlu diberikan sepenuh masa kepada anak-anak istimewa saya di rumah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana turut dibantu oleh anak ke-5, Nurul Aina Fitrah, 28, yang tinggal bersama saya di rumah,” katanya.

Bapa kepada 7 orang anak itu tidak pernah menge,luh, berjanji akan terus menjaga anak-anak istimewanya tersebut dengan penuh kesabaran dan juga kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.

Lahir Normal, Membesar Tak Seperti Yang Lain

Berkongsi kehidupan anak-anaknya, Abdul Rani berkata kelima-lima anak istimewa itu dilahirkan normal seperti mana kanak-kanak yang lain.

Namun, apabila membesar, mereka tidak seperti kanak-kanak lain kerana tidak boleh bercakap dan tidak pandai menguruskan diri sendiri.

Meningkat dewasa, anak-anaknya itu sudah boleh ke sekolah pendidikan khas. Katanya, ada sesetengah perkara, mereka b0leh uruskan sendiri tetapi perlu sentiasa dipantau. Dan, ada waktunya mereka bertindak ag,resif dan di luar jangkaan.

Untuk menyara kehidupan mereka anak beranak, beliau yang juga veteran Angkatan Ten,tera Malaysia (ATM) hanya melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah membersihkan halaman rumah jiran dengan upah bulanan RM300.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjaga, menguruskan dan menyayangi 5 anak istimewa ini”.

Allahuakbar. Betapa besar peng0rbanan seorang ayah. Jika sesiapa yang berada berhampiran, berhasrat meringankan beban sesama saudara, mungkin boleh mengunjungi mereka.

Semoga bapa hebat ini dikurniakan syurga Firdaus kelak bersama isteri dan kesemua anak-anaknya.

Sumber : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.