Budak Sesat Di Mall, Ramai Seb4k Lihat Reaksi Ibu Bila Jumpa Anak

Kehilangan anak ketika berada di pasar yang sesak mahupun di pusat beli belah adalah suatu yang sangat membuatkan ibu bapa ris4u dan tr4uma.

Ya, bukan mudah menjaga anak-anak kecil yang lincah dan lasak apabila membawa mereka berjalan-jalan. Pantang leka sikit, sekelip mata hilang dari pandangan.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan hilang di dalam sebuah shopping mall. Mujur, ada seorang gadis dan adiknya menyelamatkan budak tersebut. Apa yang benar-benar menyentuh hati ramai adalah, detik ketika ibunya bertemu semula dengan permata hatinya itu.

Datang Ke Mall Hanya Untuk Beli Face Mask, Tak Sangka Jumpa Budak Nangis Sebab Ses4t

Video berdurasi hampir 3 minit itu dirakam semasa berada di IOI Mall dan dimuatnaik oleh @sharifah.azhar di TikTok.

Tulisnya, niatnya hanya mahu singgah sebentar ke mall tersebut untuk membeli pelitup muka, namun tidak menyangka kehadirannya ke mall itu telah menyelamatkan satu nyawa.

Dia yang datang bersama adik lelakinya pantas menyelamatkan kanak-kanak yang sedang men4ngis tersedu sedan itu dan berusaha mencari ibu kepada budak perempuan tersebut.

Mereka turut memujuk budak tersebut dengan membelikan air minuman agar lebih tenang dan akhirnya berhenti men4ngis.

Beberapa lama kemudian, mereka berjaya menemui ibu itu di pintu masuk pasar raya Lotus.

Lantas ibu yang penuh keris4uan memeluk anaknya sambal men4ngis-n4ngis dan mengucapkan terima kasih kepada kedua beradik yang menyelamatkan anaknya.

 

 

Meninjau ruangan  komen di video yang kini telah meraih 1.9 juta tontonan itu, rata-rata warga maya turut berasa seb4k dengan peristiwa itu. Ramai yang faham bagaimana rasa kehilangan anak kecil secara tiba-tiba dan mereka turut memuji tindakan kedua beradik tersebut namun tidak lupa memesan agar terus ke kaunter khidmat pelanggan jika kejadian seumpama berlaku lagi.

Syukur dan semoga menjadi pengajaran buat ibu bapa. Tiada siapa yang mahu perkara sedemikian terjadi.

Tiada yang terjadi secara kebetulan. Ibu tersebut diuji hilang anak, dengan doa yang sangat mengharap dan bergantung semata-mata kepada Allah SWT di samping usaha, didatangkannya bantuan dengan adanya kedua-dua beradik itu menyelamatkan di kecil kembali ke ibunya.

Peguam Beri Tips Berkesan Jika Hilang Anak Di Mall

Seorang peguam bernama menerusi laman TikToknya @reinalum berkongsi tips jika anak kecil hilang di mall dengan cara yang lebih berkesan.

Maklumnya, jika kehilangan anak, ibu bapa akan menjerit-jerit memanggil nama si anak. Namun, itu bukanlah cara efektif katanya.

Sebaliknya, jeritlah perincian yang ada pada anak. Sebagai contoh, warna pakaian, ketinggian, atau sebarang maklumat yang menggambarkan anak anda. Ia membolehkan orang ramai dapat secara terus membantu mengesan si kecil yang hilang itu.

Peluang juga lebih tinggi untuk anak segera dijumpai.

 

 

Misalnya jerit sahaja, “..saya tengah cari budak lelaki, baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau,..”. Pasti mata semua orang akan mula fokus mencari anak tersebut.

Dengan cara itu juga, pencu,lik membatalkan perbuatan ja,hatnya kerana sedang diperhatikan ramai orang.

Merespon kepada perkongsian peguam itu, ramai yang turut berkongsi jangan lupa juga untuk mengambil gambar anak sebelum memasuki mall, kerana jika kehilangan anak, ada yang terlalu p4nik dan tidak dapat mengingat warna mahupun segala details berkaitan anak. Ada juga yang kelu tidak dapat berkata-kata dalam situasi tersebut.

Akhir sekali, penglibatan pengawal keselamatan dan pihak pengurusan pusat beli belah juga sangat memainkan peranan dan membantu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jangan lupa kongsikan kepada rakan dan keluarga.

Sumber : TikTok @sharifah.azhar / @reinalum

Leave a Reply

Your email address will not be published.