Jumpa Kemanisan Beribadah Ketika Dalam L0kap, Niezam Zaidi Luah Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu!

Niezam Zaidi Luah Sesuatu Yang Ramai Tidak Tahu
Pelakon Niezam Zaidi akui detik hitam yang pernah melanda hidupnya sebelum ini nyata memberi kesan terhadap kesih4tan m3ntalnya.
Menurut Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, m3ntalnya itu dikatakan sedkit terganggu lebih-lebih lagi membaca k0men-komen n3gatif terhadap dirinya di media sosial.
“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah giIa atau bun’uh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya. Mungkin orang lain lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ub4t.
“Isu kesih4tan ment4l ini janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak. Sosial media kita punyai notifikasi dan kita boleh lihat k0men-komen daripada netizen sama ada membina atau mengec4m.
“Walaupun dengan membaca, tapi k0men-komen sedemikian sebenarnya boleh mengg4nggu ment4l juga. Saya kena berhadapan dengan situasi sedemikian dan kerana itu saya berhijrah pulang ke kampung,” katanya kepada MH.
Niezam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra tonton super telemovie yang berjudul Kan Cheong di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Katanya lagi, disebabkan hal sedemikian, dia memutuskan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan melebihkan masa bersama keluarga.
“Saya ingin lupakan detik hit4m tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Masa senang memang kawan kita ramai, bila sus4h, keluarga juga yang datang dulu. Masa insid3n di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.
“Mak saya pula sekarang tengah s4kit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.
Nizam yang tidak dapat menahan seb4k memberitahu, kekuatan yang diperolehnya ketika ini datang daripada semangat para peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap dirinya.
“Orang ramai juga banyak bagi semangat pada saya. Kalau ikutkan, saya memang tak kuat nak hadapi semua ini. K0men-komen membina ini membuatkan saya menjadi tambah bersemangat dan Allah yang menjadikan saya kuat.
“Sejujurnya saya memang dah put’us asa dengan kerjaya seni tapi apa yang papa saya katakan, telah mengubah persepsi saya.
“Papa ingatkan saya, kenapa saya masuk di dalam industri ini. Saya masuk untuk beri kesenangan pada keluarga.
“Jadi, saya pilih untuk bangkit. Mulanya saya ingat nama saya dah disenaraihitmkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen tv yang hubungi saya untuk tawaran berlakon,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon asal Ipoh, Perak ini turut mendedahkan dia telah mendapat kemanisan ketika beribadah sewaktu ditahan di dalam l0kap.
“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam l0kap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.
“Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” akhirinya.
Terdahulu, Kan Cheong merupakan sebuah super telemovie yang akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 11 Ogos ini.
Selain Niezam, Kan Cheong turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nora Danish, Jay Iswazir dan Shila Anuar.
Sumber : Dailynews