‘Tunggu Dia Balik, Kita Ambil Tindakan’, Tindakan Tegas Terhadap ‘Pengkid’ Pakai Ihram Lelaki

 Tindakan Tegas Terhadap ‘Pengkid’ Pakai Ihram Lelaki

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan dikenakan terhadap seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di tanah suci Mekah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Idris Ahmad berkata, beliau mengambil berat tentang perkara yang tular itu kerana ia melibatkan hu kum-hakam agama.

“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat sias4tan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Saya juga telah menghubungi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan teg4s juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, malam ini.

Video wanita terbabit berpakaian ihram lelaki memaparkan dia berjalan ke arah Raudhah tular dalam Twitter sejak semalam.

Tangkap layar video tular memaparkan seorang individu didakwa wanita yang berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Seorang pengguna Twitter mengesahkan individu dalam video berkenaan adalah seorang wanita dan bekas pekerjanya.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor meminta wanita terbabit bert4ubat dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang mun4fik yang di4ncam dalam al-Quran dengan seks4an ner4ka yang d4hsyat di akhirat kelak.

“Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya telah ku fur sebab dikira dia memandang ringan kepada agamanya,” katanya.

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.