Batu Landasan LRT3 Jatuh Atas Khemah Pasar Borong, Tepat ‘Hentam’ Sayur!

Batu Landasan LRT3 Jatuh Atas Khemah Pasar Borong
Beberapa serpihan batu dari landasan LRT3 dilap0rkan terjatuh dan menimpa sebuah khemah pasar borong di Klang dalam satu kejadian jam 9.30 pagi tadi.
Menurut Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu kenyataan, pihaknya telah memaklumkan kepada pihak LRT mengenai kejadian tersebut dan kerja-kerja pembinaan dihentikan serta merta.
Dalam masa sama, MPK turut mengarahkan gerai yang terlibat di lokasi kejadian untuk tutup serta-merta.
“Sekitar jam 9:30 pagi, sewaktu kerja “h4cking” oleh pihak Emrail Sdn. Bhd (EMSB), didapati sebahagian kepingan simen telah jatuh di atas kanopi kedai pasar.
“Kerja telah dihentikan dengan serta-merta dan pembersihan telah dilakukan,” merujuk kenyataan LRT seperti yang dilaporkan MPK dalam hantaran itu.


Bagaimanapun, tiada sebarang keceder4an terhadap orang ramai dan peniaga dilap0rkan berlaku sewaktu kejadian.
“Tiada keceder4an berlaku dan kerja kerja di atas trek adalah diluar jangka MPK,” tambah MPK dalam kenyataan itu.
Sementara itu, video insiden tersebut dirakam oleh peniaga yang berada di sekitar lokasi kejadian serta pegawai MPK bertugas dan turut dimuat naik dalam hantaran Facebook berkenaan.
Berdasarkan video, terdapat sebuah lubang besar di bawah binaan landasan tersebut yang dipercayai merupakan sebahagian simen yang terjatuh.
Manakala khemah peniaga yang terlibat pula, pecahan batu tersebut dipercayai menimpa di bahagian bumbung kanvas sebelum terbolos dan ‘mendarat’ tepat di atas selonggok sayur.
Video di tempat kejadian:
BERITA LAIN:
Serpihan Batu Kuil Jatuh Dari Atas, Timpa Wanita Hingga M4ut
Imbas kembali lap0ran terdahulu, satu kejadian hampir serupa melibatkan runtuhan batu turut pernah berlaku di sebuah kuil hingga menyebabkan seorang wanita terbu’nuh dalam kejadian kira-kira tiga bulan lalu.
Merujuk lap0ran sebelum ini, seorang wanita berusia 53 tahun m4ut selepas ceder4 parah gara-gara terkena serpihan patung batu yang terjatuh dalam satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Ipoh ketika itu.
Memetik Sinar Harian, nah4s tersebut berlaku kira-kira 9:50 pagi semasa m4ngsa sedang mengikuti upacara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut yang terletak di Buntong.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, difahamkan serpihan patung batu yang j4tuh tersebut mengakibatkan seorang m4ngsa p4rah selain dua lagi ceder4 ringan.
“Sias4tan awal mendapati, serpihan patung batu itu terjatuh dari bahagian atas bangunan kuil dan mengenai kepala m4ngsa.
“Kejadian sama turut mengakibatkan keceder4an ringan kepada dua wanita lain yang berada di tempat kejadian,” katanya, memetik Sinar Harian seperti yang dilap0rkan kembali oleh Siakap Keli.
Jelas Mior, meskipun sempat dikejarkan ke H0spital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), bagaimanapun m4ngsa akhirnya disahkan meninggaI dunia setelah menjalani raw4tan kecem4san.
Katanya lagi, k3s tersebut diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Klang