[Video] Konsert Mel4mpau Di UiTM? Siswa-Siswi Berp4rti Berhimp1t Tanpa Batas

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video di laman TikTok yang memaparkan  sebuah majlis hiburan yang dikatakan berlaku pada 29 Jun lalu di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Apa yang menyedihkan kelihatan mahasiswa-mahasiswa begitu seronok menyanyi, menari, bersorakan, melompat terkinja-kinja, berhim,pitan lelaki dan perempuan, malahan tidak segan silu berpelukan siswa dan siswi yang bertudung. Malahan ada juga lelaki yang berpakaian seperti perempuan.

Majlis yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan atau orang atasan kampus itu juga tidak mengambil apa-apa tindakan bagi meredakan suasana yang sudah tidak terkawal itu.

Rakaman video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok Ceo Of Pahla,wan Islam berdurasi 2 minit 40 saat dengan caption “Jikalau beginilah generasi sekarang, bagaimanakah agaknya masa depan negara kita??” itu telah meraih hampir setengah juta tontonan.

 

 

Menurut komentar warganet di video tersebut, ada yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Ada juga yang memaklumkan bahawa ianya adalah sebuah program hiburan selepas aktiviti sukan.

Adakah ini selari dengan slogan UiTM, “Usaha, Taqwa, Mulia” ?

Di mana jati diri anak Melayu Bumiputera beragama Islam?

Sangat mengecewakan. Semoga ada tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dan tiada lagi program seumpama itu dibenarkan untuk dilakukan di mana-mana institut PENGAJIAN.

Menara gading adalah tempat untuk menimba ilmu, membina adab!

USAHA. TAQWA. MULIA

Sumber : TikTok Ceo Of Pah.lawan

Leave a Reply

Your email address will not be published.