Kanak2 Tahun 6 M4ut Dip4nah Petir | Cara Putuskan Arus Elektrik Berlebihan Di Rumah

Malang tidak berbau. Tidak menyangka kejadian seumpama ini terjadi kepada keluarga sendiri, keluarga ini terkejut dengan pemergian anak perempuan 12 tahun.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya pada Isnin.

Dipercayai dip4nah petir, ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Sungai Raya, Kuala Betis, Gua Musang Zawawi berkata, ketika itu dia berada di surau tidak jauh dari rumahnya untuk solat Asar.

Menurutnya sebelum kejadian beliau terdengar dentuman petir kuat serta cuaca hujan menyebabkan bekalan elektrik rumahnya terputus.

“Isteri saya datang memaklumkan bekalan elektrik di rumah terputus.”

“Saya pulang ke rumah dan memeriksa ker0sakan sebelum kembali ke surau. Tidak lama kemudian isteri datang memaklumkan anak saya ditemui tidak sedarkan diri.

Ketika ditemui di Jabatan F0rensik Perubatan H0spital Gua Musang semalam, Zawawi turut memaklumkan dia melihat kesan terb4kar pada tangan kanan dan tilam selain terdapat telefon bimbit berdekatannya yang sedang dicas.

Dia membawa Nur Asyqin Qistina ke Klinik Kuala Betis dan disahkan meningg4l dunia.

Jen4zah anak ke-4 daripada 5 beradik itu kemudian dibawa ke H0spital Gua Musang untuk dibe.dah siasat.

Kejadian tersebut sangat mengejutkan mereka sekeluarga, namun mereka redha dengan takdir yang sudah menimpa mereka.

Takziah buat keluarga ini. Semoga mereka bertabah.

Bah4ya Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Ribut Petir

Penggunaan telefon bimbit ketika sedang dicas dan digunakan semasa ribut petir sememangnya berbahaya.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon, kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wajar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir.

“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.

“Kilat yang menyam.bar seseorang mampu menjana v0ltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).

Cara Putuskan Arus Elektrik Berlebihan Di Rumah

Susulan kejadian itu, ada warganet turut berkongsi cara memutuskan arus elektrik berlebihan di rumah. Berikut kongsinya di Facebook Masrul MG;

Buatlah pemeriksaan sistem elektrik di rumah anda. Kalau ada kilat dan merosakkan barang-barang elektrik di rumah anda, panggil juruteknik elektrik utk pemeriksaan. Atau paling bagus dan selamat, pasanglah Surge Protection Device (SPD) di Distribution Box (DB) rumah anda. SPD berfungsi memu,tuskan arus elektrik sekiranya berlaku voltan berlebihan masuk ke rumah.

Sistem pembumian yang selamat tidak juga menjamin keselamatan yang baik, kerana ser4ngan kilat ni melalui 2 cara, harus elektrik dari bumi yang tinggi dan gelombang / frequansi elektrik yg tinggi hasil daripada berlakunya kilat. Jadi paling bagus kedua-duanya diperbaiki agar selamat harta benda dan nyawa di dalam rumah kita.

 

Cara Bantu Mereka Yang Dipan4h Petir

Sementara itu, Pensyarah Pusat Elektromagnet dan Penyelidikan Perlindungan Kilat (CELP) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia Profesor Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata antara langkah keselamatan yang boleh diambil ketika ribut petir ialah dengan menjauhi wayar telefon, komputer, peralatan serta objek yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti paip tembaga dan paip yang diperbuat dari besi.

Sekiranya berdepan dengan mangsa yang dis4mbar petir, usah bimbang untuk menghulurkan bantuan kerana mangsa tidak menyimpan cas elektrik di badannya.

“Hubungi talian kecem4san dan laporkan kepada pihak berkuasa dan h0spital. Kebiasaannya jantung mang.sa akan terhenti secara tiba-tiba dan ketika ini, rawatan kecem4san penting bagi menyelamatkan mangsa.

“Berikan r4watan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sekiranya tahu dan tutup kulit yang mele.cur dengan kain bersih, pastikan tidak membalut kulit mele.cur tersebut,” katanya.

Tambahnya, sekiranya mangsa sedar tetapi mengalami gejala kejutan, baringkan mangsa dalam keadaan kepala lebih rendah daripada tubuh dan kaki.

Yang pasti, katanya, seseorang seharusnya terlebih dahulu memastikan keselamatan diri sendiri dan tiada risik0 dis4mbar petir sebelum menyelamatkan m4ngsa.

Sumber : BH/mstar/Facebook Masrul MG

Leave a Reply

Your email address will not be published.