Ulang Alik 50 KM Naik Motosikal Setiap Hari Jaga Suami Di H0spital

Kasih seorang isteri yang mengagumkan. Senang dinikmati bersama, susah juga ditanggung bersama.

Nur Fazlizawati Zohari, 39, sanggup berulang alik sejauh 50 kilometer dengan menunggang motosikal dari rumahnya ke H0spital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai setiap hari demi menguruskan suami tercinta.

Suaminya, Mohd Nazri Khaidhir, 39, dirawat di situ sejak lebih seminggu yang lalu setelah dipindahkan dari H0spital USM dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.

Masak Untuk 5 Anak Sebelum Ke H0spital

Masih menguruskan 5 orang anaknya di rumah, Nur Fazlizawati akan memasak dan menyiapkan makanan untuk anak-anaknya sebelum bergerak ke h0spital untuk menguruskan suaminya pula.

Anak-anaknya yang  berusia di antara 17 tahun hingga 3 bulan 2 hari itu akan dijaga oleh saudaranya.

Ketika di h0spital, isteri dan juga ibu yang hebat ini akan mengurus suaminya dengan menukar lampin pakai buang, mengelap anggota badan dan memberi minum susu melalui saluran tiub yang dipasang di hidung.

Bisik Kata-Kata Semangat

Begitu merendah diri, Nur Fazlizawati berkata, “Cabaran saya berulang alik ke h0spital hampir setiap hari untuk menguruskan suami sebenarnya tidak sehebat perju4ngan suami yang pada ketika ini sedang mel4wan s4kit yang dihidapinya,”

Menurutnya lagi setiap kali menguruskan suaminya, dia sentiasa membisikkan kata-kata semangat di telinga suami yang dalam keadaan separuh sedar. Dia yakin suaminya mendengar dan mengharap suaminya segera sembuh kerana anak-anak masih kecil serta memerlukan kasih sayang daripada seorang ayah.

Pembuluh Dar4h Pec4h

Nur Fazlizawati yang tinggal di rumah sewa mereka di Kampung Petanding, Telekong, Kuala Krai memaklumkan bahawa pada 22 Julai lalu suaminya dikejarkan ke H0spital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selepas mengalami pening kepala, muntah dan terus tidak sedarkan diri.

Katanya lagi, suaminya sudah lama menghidap peny4kit d4rah tinggi, namun sejak April lalu kesihatannya semakin mer0sot dan hasil pemeriksaan d0ktor melalui imbasan t0mografi berkomputer (CT Scan) mendapati pembuluh d4rah sudah pec4h dan perlu menjalani pembed4han membuang d4rah yang sudah bercampur dengan air.

Berdepan Risik0 Lum,puh, Hilang Ingatan

“Pada ketika itu, doktor memaklumkan risiko yang perlu ditanggung oleh suami selepas menjalani pembed4han sama ada lum.puh atau hilang ingatan.

Selepas menjalani pembed4han, suaminya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) H0spital USM selama 2 minggu untuk pemantauan dan 1 minggu kemudian pembed4han kali ke-2 pula dilakukan untuk membuang cecair di dalam kepala serta mene,buk leher bagi saluran pernafasan.

Setelah stabil, dia kemudiannya meminta suaminya dipindahkan ke H0spital Sultan Ismail Petra bagi memudahkannya menjenguknya. Sebelumnya, ketika masih di H0spital USM, dia terpaksa meminta bantuan saudara menghantar dan mengambilnya.

Hilang Punca Pendapatan

Semenjak suaminya s4kit mereka hilang punca pendapatan. Sewa rumah RM100 sebulan dan bil utiliti kini telah tertunggak selama 5 bulan.

Mujur makanan untuk anak-anaknya masih cukup memandangkan jiran dan saudara mara terdekat membantu menghulur barang keperluan asas dan wang ringgit.

“Saya bukan tidak berusaha dan hanya mengharapkan bantuan, tetapi pada ketika ini saya perlu menguruskan suami yang dir4wat di h0spital dan memerlukan penjagaan selain anak-anak juga masih kecil,” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi beban isteri dan ibu ini. Bagi yang hendak berkongsi rezeki, boleh menghubungi Nur Fazlizawati Zohari di talian 017-9113948.

Tangkap layar artikel Berita Harian

Semoga dipermudahkan urusan mereka dan semoga suaminya kembali sembuh dengan segera.

Sumber : BH

[Makluman! Pihak Harmagidun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengutip dana bagi keluarga ini. Maklumat nombor akaun tertera diambil dari artikel asal Berita Harian. Adalah lebih baik menghubungi sendiri Puan Nur Fazlizawati untuk sebarang kepastian jika hendak memberi sebarang bantuan.]

Leave a Reply

Your email address will not be published.