Bayi Terselamat Dalam Kereta Tergel0ngsor, Bapa Bayi Beri Penjelasan

Malang sememangnya tidak berbau. Semalam tular sebuah video di mana kelihatan orang awam mengeluarkan seorang bayi daripada sebuah kereta yang terbalik di dalam longkang sebelum menaiki tangga untuk naik ke atas.

Bayi berusia 8 bulan yang berada dalam kereta jenis Toyota Alphard tersebut terselamat dalam kejadian. Difahamkan Alphard tersebut menggelongsor dan terbalik masuk ke dalam longkang Sungai Betong dalam kejadian di tengah bandar Jerantut, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurut laporan berita,  ibu bayi tersebut meletakkan kenderaannya di situ sebelum keluar membeli barang dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaan.

Mujur bayi tersebut dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Bagaimanapun bayi tersebut ceder4 dan dihantar ke pihak H0spital Jerantut untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian tersebut meraih kem4rahan dan mendakwa ibu bapa bayi itu cuai.

Bapa Beri Penjelasan

Namun, setelah kejadian tersebut bapa bayi tersebut tampil mengaku kecuaian yang berpunca daripada dirinya dan memberi penjelasan apa yang terjadi sebenarnya.

Menurutnya ketika kejadian, dia yang menjaga bayinya itu dan sedang membersihkan n4jis bayinya dan lupa untuk mem4tikan gear kereta jenis Automatik tersebut serta turut menyebut handbrake tak makan dan menyebabkan ia perlahan-lahan tergel0ngsor tanpa disedari.

Lihat video di : Facebook Cikboy

Beliau turut meminta warganet tidak membuat andaian yang tidak betul serta turut meminta agar anaknya didoakan agar sihat.

Katanya, bayinya kini berada di h0spital Jerantut dan akan dipindahkan ke h0spital Kuantan.

Semoga kejadian tersebut tidak berulang kepada siapa-siapa dan bayi tersebut sihat semula.

Sumber : Harian Metro/ Facebook Cikboy / Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.