Crackhouse Ditutup Selamanya, Pemilik Disenarai Hitam Seumur Hidup

Pada bulan lepas, cerita tentang Crackhouse pernah hangat diperkatakan selepas beberapa insiden yang bersifat pr0v0kasi serta mencetus k0ntroversi yang terjadi di dalam kelab komedi tersebut.

Susulan itu, beberapa individu terbabit didakwa di Mahkamah di Kuala Lumpur selain  pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club turut menjadi tumpuan pertelingk4han selepas video komedinya tular yang menyebabkan pihak tertentu tidak berpuas hati dengan persembahan tersebut.

Seterusnya kelab yang bertempat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu digan,tung sementara 0perasi oleh DBKL pada 10 Julai lalu kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Difahamkan pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.

Lesen Perniagaan Dibatalkan

Pada 29 Julai lalu, Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermesyuarat dan memutuskan bersetuju untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai 2022.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Sumber : Ohmymedia

Pemilik Kelab Disenarai Hitam Selamanya Di KL

Jalaluddin berkata, “Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu (Rizal Van Geyzel) tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa  pihaknya juga sedang memantau beberapa kelab yang disyaki terbabit dengan aktiviti seumpama itu di sekitar ibu negara.

“Sebarang lesen hiburan yang kita kemuka dan keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan ditetapkan.

“Bagi pihak yang melang.gar syarat pelesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan te.gas.

“Pada masa sama, tindakan, pemantauan serta pemeriksaan akan dilakukan secara berkala oleh DBKL kerana kita tidak mahu ada yang terlepas daripada tind.akan kami,” katanya.

Sumber : Harian Metro / BH

Leave a Reply

Your email address will not be published.