Kanak-Kanak ‘Luar Biasa’ Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Ini 5 Rutin Hariannya

Mempunyai anak soleh dan bijak adalah impian setiap ibu bapa. Bertuah mereka yang mempunyai anak yang berakhlak baik, tidak menyusahkan ibu bapa serta rajin belajar juga. Apatah lagi jika rajin membaca Al-Quran dan menghafalnya. Sejuk hati melihat.

Di kala kanak-kanak ralit dengan telefon bimbit mahupun gajet-gajet lain, kanak-kanak ini mengisi umurnya dengan suatu yang sangat bermanfaat. Kisah kanak-kanak lelaki ini menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Berikut kisah yang dikongsikan;

Sumber : Siakap Geli

Hebat adik Haikal Firdaus ni, kelebihan dia ialah 30Juz Al-Quran dalam kepala.

Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 tahun dan berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah 30Juz Al-Quran dalam kepala.

Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?

Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal ialah … Cucu saya mula menghafal al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri.

Aktiviti harian dia ialah :

[1] Bangun pada 5.00 pagi, ambil wudhuk dan solat,

[2] lepas solat dia baca al-Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh.

[3] Waktu pagi pergi ke sekolah agama

[4] lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40.

[5] Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz.

Demikian kisahnya.

Sangat menginspirasi. Semoga adik ini menjadi pemimpin yang unggul dan hebat suatu hari nanti.

Sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.