Banjir Kilat| Ibu Bawa 4 Anak Termasuk Bayi 4 Bulan Naik Bumbung

Beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kulai dinaiki air berikutan hujan lebat kira-kira 2 jam sejak 2 petang semalam. Menurut APM, kejadian banjir kilat itu berlaku berpunca daripada hujan lebat berterusan selain sistem perparitan yang tersum.bat.

Tak menyangka banjir meningkat begitu pantas, seorang ibu nekad membawa 4 anaknya termasuk bayi berusia 4 bulan memanjat bumbung apabila rumah mereka di Kampung Laut Batu, Skudai.

Terlalu ce.mas apabila paras air meningkat dengan pantas, Hairul Badariah Zakariah, 39, berkata, tindakan memanjat bumbung adalah satu-satunya cara yang terlintas di fikirannya.

“Kita tengok air surut pada mulanya, kita pun tak sangka macam itu sekali. Tiba-tiba air cepat naik dan makin laju, kita pun gelabah… Suami tiada masa kejadian jadi saya seoranglah naik ke atas tangga bawa anak-anak,” katanya.

Banjir Paling Buruk

Sementara itu, jirannya, Sulaiman Salleh, 56, menyifatkan keadaan banjir yang berlaku semalam adalah paling bu.ruk pernah dialaminya tahun ini.

“Semasa kita tunggu b0mba datang kita dah pindah ke rumah sebelah di atas bukit, tetapi rumah dia pun dinaiki air juga. Memang ri.sau sebab air naik cepat sangat, kita dah biasa kena ban.jir tapi kali ini memang terlalu cepat,” katanya.

Ketua Balai B0mba dan Penyelamat Skudai, M0hamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecem.asan pada 4.30 petang sebelum 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Sumber : Facebook JPKK Kempas

Antara kawasan yang terkesan ialah Kampung Jaya Sepakat dan Taman Aman di Kulai manakala di Johor Bahru ialah Kampung Maju Jaya dan Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Seramai 26 penduduk daripada 8 keluarga di Kampung Laut Batu 10, Skudai ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10.

Proses pemindahan mang.sa dari lokasi banjir ke PPS sedang diusahakan dan laporan dari semasa ke semasa akan dikemas kini.

Sebelum ini pada 2 Ogos lalu, banjir kilat turut melanda sekitar bandar raya dan turut meneng.gelamkan jalan raya dan pekarangan H0spital Sultanah Aminah (HSA) selepas hujan lebat tahap merah serentak dengan air pasang besar.

Semoga semua mang.sa banjir selamat dan tabah dengan ujian yang menimpa.

Sumber : Hmetro/Utusan/Buletintv3

Leave a Reply

Your email address will not be published.