Demi ‘Content’ Ibu Bapa Sendiri Sanggup ‘Upload’ Aib Anak. Mohon Hentikan!

Sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat kini, di mana memuat naik gambar atau video anak-anak di media sosial ibu bapa masing-masing. Ada yang bercerita kebaikan anak dan tak lari juga cerita yang boleh meng4ibkan anak, yang mungkin tanpa disedari oleh ibu bapa itu sendiri.

Rentetan itu, satu penulisan nasihat telah dibuat oleh Puan Sharifah Zahidah berkenaan 4ib anak yang dipamerkan di dalam media sosial untuk tatapan umum sehingga mencetuskan perbandingan anak-anak masing dan komen-komen yang berbaur neg4tif dari netizen. Semoga perkongsian nasihat ini beri manfaat kepada ibu bapa sekalian.

HENTIKAN PEMBULlAN MEDIA SOSIAL, D4RAH D4GING SENDIRI

Gambar: Tangkap layar dari video yang dipercayai dimuat naik oleh ibu kepada kanak-kanak itu sendiri.

Duhai ibubapa, tutuplah 4ib anak-anakmu!

Janganlah demi secebis content, kita 4ibkan anak sendiri di sosial media. Kita tunjuk perangai tak semenggah dia depan semua orang. Akhirnya, jiwa yang sesuci anak kecil ini dib3nci orang.

Lihatlah dalam komen, betapa ramai yang memandang jelek, meny4mpah dan tak senang dengan perbuatannya.

Ada juga yang membanding-bandingkan beliau dengan anak-anak sendiri. Jika kita sendiri tak suka dibandingkan, kenapa buka ruang anak sekecil ini dibanding-bandingkan orang?

Teguran ini bukan untuk si ibu ini saja sebab, yang buat macam Puan ini sangat ramai dah. Bezanya tak viral saja.

Komentar “Biarlah, nak simpan buat kenangan” sebagai alasan nak pos benda-benda peribadi ni di media sosial adalah pandangan yang cukup tak masak.

Nak simpan buat kenangan sendiri, boleh saja pos dan private kan. Jika dijaja seluruh dunia, itu mendamba perhatian namanya.

HARI INI ‘PUBLlC SHAMlNG’ DILAKUKAN SENDIRI OLEH IBU BAPA

Jika sebelum ini kita dihidang dengan berita PUBLIC SHAMlNG anak-anak oleh rakan sekelas atau kaki pembuIi, tapi hari ini, yang melakukan pubIic shaming ke atas anak-anak adalah ibu bapa sendiri!

Hentikan pembuIian media sosial ke atas d4rah daging sendiri dengan menjadikan anak sebagai content! Jika tiada yang baik, simpan! Jika ada yang benar-benar baik tanpa mengundang fitn4h, barulah kongsikan!

Betapa terIukanya hati saya, jika saya adalah anak sekecil ini yang belum sempurna akalnya tapi sudah perlu berdepan dengan kec4man netizen gara-gara jari sang ibu yang ketagih perhatian media; wanita yang sepatutnya paling tahu menjaga maruah dan air muka kita!

Maaf Puan, saya ambil contoh kisah Puan sebagai usaha untuk saya hentikan budaya tak sihat ini sebab video ini puan sendiri pos, bukan orang lain rakam, orang lain pos.

Moga ini kali terakhir content public sh4ming ke atas anak-anak kecil menjadi viral. Allahualam.

Sharifah Zahidah,

10 Ogos 2022.

#sebelumsenja

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah via Sirap Limau

Leave a Reply

Your email address will not be published.