L1basan M4ut Depan Rumah, ‘Apa D0sa Ayah Ngah?’

Seorang lelaki meningg4l dunia dengan kesan lib4san s3njata t4jam di leher dipercayai dib*nuh di hadapan rumahnya di Kampung Merua, Parit, Perak semalam.

M4yat Norzi Jaafar, 58, ditemui terlentang oleh sepupunya, Hisham, 53, yang datang ke rumah itu untuk meminjam pam r4cun pada 10.30 pagi.

Dia kemudian memaklumkan hal berkenaan kepada anggota Balai P0lis Parit pada 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mangsa yang masih bujang itu tinggal sendirian di rumah berkenaan.

“Mangsa kali terakhir dilihat penduduk kampung berdiri di hadapan rumahnya pada 6.30 petang semalam (21 Ogos).

“Siasatan awal menjangkakan kejadian berlaku selepas 6.30 petang dan beberapa tompokan d4rah beku ditemui di sekeliling badan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Barudin berkata, pihaknya menolak kejadian itu bermotifkan s4mun kerana barangan berharga dan wang tunai mangsa tidak hilang.

Selain itu katanya, pemeriksaan mendapati tiada kesan perg3lutan pada badan mahupun dalam rumah lelaki itu, namun siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Pintu rumah dan lampu terbuka, yang mana kita tidak men0lak kemungkinan suspek adalah individu yang dikenali mangsa. Senj4ta digunakan masih belum ditemui lagi setakat ini,” katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut S3ksyen 302 Kanun Kes3ksaan.

Apa D0sa Ayah Ngah?

Shazlinda Muhd Khalil, 26, adalah anak saudara kepada mangsa berkata, “K3jam sangat apa yang berlaku pada Ayah Ngah. Kami terk3jut dan se,dih dengan apa yang berlaku ini,”

Menurutnya, arwah Norzi yang dipanggil Ayah Ngah itu tinggal berseorangan di rumahnya sejak lebih 10 tahun lalu dan disifatkan seorang yang baik, rajin membantu serta lurus bendul.

“Ayah Ngah tak pernah cerita pada kami kalau dia ada masalah atau pernah diganggu orang. Dia baik dan orang kampung pun cakap begitu serta dia pun ringan tulang.

“Jadi kami tak tahu apa punca berlaku kejadian ini. (Kalau nak cakap dis4mun) dekat rumah ini memang tak ada apa, Ayah Ngah pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana dia hanya berkerja kampung saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Arwah Abang Duduk Rumah Sendiri Kerana Kucing Beranak

Sementara itu, ibu Shazlinda yang juga adik kepada mangsa, Normawati Jaafar, 52, berkata, arwah abangnya tinggal sementara di rumahnya di Layang-Layang Kanan selepas keluar dari H0spital Seri Manjung, Manjung bulan lalu.

Menurutnya, abangnya itu dimasukkan ke h0spital kerana peny4kit asma dan j4ngkitan kuman pada paru-paru.

“Sejak keluar h0spital Nyah Norzi tidur di rumah saya tetapi sebelah pagi dia pulang ke rumahnya dan sejak 2 minggu lalu dia minta duduk terus rumahnya kerana kucingnya melahirkan anak.

“Nyah suka mengail ikan dan selalu bagi ikan kepada saya untuk dimasak. Kali terakhir saya jumpa abang 2 hari lalu di pekan Parit dia pergi gun,ting rambut,” katanya.

Pendiam, Suka Bantu Orang Kampung

Sementara itu, Hisham sepupu mangsa yang menemui kejadian itu berkata, pada mulanya dia menyangka mangsa hanya p3ngsan.

“Sejak keluar h0spital arwah agak pendiam tetapi dia seorang yang baik dan suka membantu serta mempunyai hubungan baik dengan penduduk, malah orang kampung juga selalu bantu dia

“Arwah juga selalu membantu menggali liang l4had kalau ada orang kampung meningg4l dunia. Dia memang baik tetapi tak pernah pula dia cerita kalau ada masalah,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan F0rensik H0spital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk b3dah siasat.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Semoga pelaku k3jam segera dib3rkas dan mendapat balasan setimpal.

Sumber : Hmetro 1/ 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.