‘R0HINGYA TAK MINAT!’

Kuala Lumpur: Program perintis membabitkan peIarian R0hingya bekerja di sektor perladangan pernah dilaksanakan, tetapi gagaI kerana etnik itu tidak berminat bekerja di pedalaman.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan termasuk menyediakan tempat tinggal percuma, kadar bayaran yang rendah bagi penggunaan bil elektrik dan air namun ia tidak mendapat sambutan.
Bagi mengatasi masaIah itu, beliau berkata, pihaknya meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan peIarian R0hingya bekerja di sektor formal.
Katanya, perkara itu sudah dibincangkan bersama wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai PeIarian (UNHCR) dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
“Pertemuan itu membincangkan langkah dan strategi yang perlu diambil bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan peIarian di Malaysia bekerja di sektor formal.
“Majikan bersedia memberi latihan semasa bekerja (OJT) sekiranya peIarian dibenarkan untuk diambil bekerja.
“Pada umumnya tiada sebarang yuran dikenakan kerana pekerja akan bekerja di samping diberi bimbingan untuk meningkatkan kemahiran mereka.
“Pada masa ini majikan lebih berminat memberi OJT kerana ia lebih efisien dan masa bekerja tidak hilang. Konsep latihan di bilik darjah dilihat tidak sesuai untuk mereka yang sudah dewasa,” katanya.
Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, terdapat negara yang menyumbang dana berjumlah kira-kira RM200 juta untuk membiayai latihan pelarian Rohingya sebelum mereka diambil bekerja.
Justeru, kata beliau, MEF mencadangkan dana berkenaan digunakan untuk memberi insentif kepada majikan yang mengambil peIarian bekerja dan memberi OJT kepada mereka.
Katanya, latihan boleh dibuat secara OJT yang lebih bermanfaat dari segi kos dan impaknya, berbanding latihan konvensional yang menelan belanja tinggi serta tidak dapat memenuhi keperluan syarikat.
Katanya, latihan boleh diberikan kepada pelarian untuk bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan pelancongan yang secara umumnya sesuai kepada golongan itu.
“Apa yang penting adalah keputusan kerajaan mengenai pengambilan peIarian yang berada di Malaysia untuk bekerja.
“Terdapat kira-kira 184,000 pelarian di negara ini dan jika 60 peratus diambil bekerja sedikit sebanyak akan mengurangkan masaIah kekurangan pekerja ketika ini,” katanya.
Sumber : MetroTV