“Saya Tidak Berpeluang,” Bella Hadid Akui Teringin Dibesarkan Dalam Suasana Islam

Bella Hadid Akui Teringin Dibesarkan Dalam Suasana Islam
Supermodel terkenal dunia, Bella Hadid mengakui bahawa dia sangat mahu berada dalam suasana yang mengamalkan ajaran Islam.
Memetik laporan The Indian Express, Bella secara terbuka bercakap mengenai perkara tersebut dalam satu temubual bersama majalah GQ baru-baru ini.
Menurutnya, salah satu penyesaIan terbesar di dalam hidupnya adalah apabila dia tidak dibesarkan dalam lingkungan orang Islam, terutama apabila kedua ibu bapanya bercerai.
“Saya sangat suka jika dapat membesar bersama ayah dan belajar serta mengamalkan IsIam atau secara amnya dapat hidup dalam budaya Muslim.
“Tetapi saya tidak berpeluang merasainya,” luahnya.
Bagi yang belum tahu, bapanya, Mohamed Hadid merupakan seorang pemaju hartanah berketurunan PaIestin.
Terdahulu, Bella lantang bersuara mengenai kri’sis di PaIestin dan berterusan meningkatkan kesedaran mengenai nasib rakyat negara itu di media sosial miliknya.
Malah, model berusia 25 tahun itu turut digelar sebagai selebriti Amerika Syarikat yang paling Iantang memperjuangkan nasib rakyat PaIestin.

“Saya bercakap mengenai perkara ini untuk warga tua yang masih tinggal di sana yang tidak pernah dapat melihat PaIestin bebas,” katanya.
Tambahnya lagi, walaupun dia menyedari bahawa keIantangannya itu boleh memberi kesan kepada kerjayanya tetapi dia tidak ‘tergug4t’ dan merasakan bahawa ada sesetengah perkara yang lebih penting daripada kerjayanya.
Dalam pada itu, Bella juga mengatakan bahawa dia sangat terharu ketika menjalani penggambaran bagi filem Ramy selepas pihak kru memberikan baju t-shirt yang tertera ‘Free PaIestine’ kepadanya.
“Saya tidak dapat mengawal perasaan. Membesar dan menjadi orang Arab, ini adalah kali pertama saya pernah bersama lingkungan orang yang mempunyai pemikiran yang sama,” katanya.
Sumber: The Indian Express via Siakap Keli