Inilah Wanita Hebat, Iman Asri Yang Miliki Syahadah Ula Al-Fateh 30 Juzuk Al-Quran

Wanita yang hebat. Demikian ungkapan yang sesuai buat insan bernama Iman Binti Mohd Asri, 24, yang terpilih memiliki Syahadah Ula al-Fateh.

Tentu ramai yang mempunyai impian untuk menguasai ilmu al-Quran. Tidak hanya semata-mata menghafal 30 juzuk, aspek tajwid dan bacaan serta maknanya juga perlu diambil kira.

Iman terpilih untuk memegang Syahadah Ula al-Fateh ketika usia remajanya. Perkara itu dikongsikan Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi saluran media sosial beliau.

“Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat. Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh ketika remaja

“Beliau lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam,” titipnya.

Menurut Dr Zainur Rashid, wanita itu kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al-Quran yang melayakkan diri untuk menjadi pengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia.

5  INFO SYAHADAH ULA DALAM HAFAZAN AL-QURAN

[1] Syahadah terdiri daripada 3 peringkat dan peringkat tertinggi adalah Syahadah Ula atau Syahadah Ulya.

[2] Sebelum peringkat Syahadah Ula, perlu melepasi Syahadah Thalisah yang mengambil masa 3 hari untuk khatam. 1 hari diperlukan untuk menghabiskan bacaan 10 juzuk al-Quran.

[3] Syahadah Thaniah pula memerlukan pelajar untuk membaca 15 juzuk sehari.

[4] Selepas lulus Syahadah Thalisah dan Thaniah, kemudian barulah pelajar boleh menduduki Syahadah Ula.

[5]Syahadah ula Al-Fateh diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria ini:

-Pelajar akan disemak hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa sekitar 17 jam oleh 4 panel penguji.

-Pelajar tidak memerlukan 10 pembetulan atau lebih dalam 30 juzuk semakan hafazan.

-Pelajar tidak melakukan lebih daripada 10 kesilapan bagi setiap juzuk semakan hafazan.

Bukan calang-calang Syahadah ula Al-Fateh yang diraih oleh Iman ini. Ilmunya turut dikongsikan kepada yang lain dan telah berjaya melatih 5 orang pelajar Syahadah Ula.

Semoga kejayaan diperolehi wanita ini menjadi ikutan dan inspirasi buat yang lain.

Sumber : Sinarplus / Facebook Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published.