Hampir 12 Jam Perjalanan Baru Perasan Ada Makhluk Di Bahagian Enjin Kereta

Kelmarin tular sebuah video berdurasi selama 1 minit 2 saat telah dimuat naik oleh seorang lelaki di laman TikTok menyatakan dia baru perasan ada sesuatu yang tidak kena di bahagian enjin keretanya.
Dan setelah hampir 12 jam perjalanan barulah lelaki itu perasan rupa-rupanya ada makhluk bulus berada di situ. Tulisnya di caption video tersebut, “Sumpah tak tahu dari mana dia datang”.
Rata-rata warganet berasa s3dih dengan keadaan anak kucing itu serta meminta lelaki tersebut untuk menjaga anak kucing tersebut.
Ada juga yang bersyukur dan kagum bagaimana seekor anak kucing selamat dan boleh bertahan dalam keadaan yang panas serta lama berada di bahagian enjin kereta.
Reaksi Netizen
Video yang meraih hampir 5 juta tontonan itu memaparkan pelbagai reaksi pencinta-pencinta kucing.
ana_mastura – 12 jam perjlnan, tentu dia panas & lapar…Allahuakhbar, bukti dia slmt dlm lindungan Allah SWT…. Syukur Alhamdulillah
Alinazlinhamzah – ya Allah nak…siannya awak…panas duduk situ.dgn takutnya lagi…nasib tak ja,tuh dkt jalan…..Syukur awk selamat..
Jannah Nuriman – Yaa Allah..sedihhhhhnya.. Nasib baik dia celah tu
Megat Arif – Panas dlm tu nasib dia x ter,jun amik bela BG mybe Allah nak hantar ujian dan rezeki.
Ai Wahida – Pengalaman saya, anak kucing suka msuk dari celah bawah kereta & duduk dalam enjin sebab dia kesejukan di luar. So, sebelum drive, check dulu enjin ya
Dillarazzi – ya Allah nk keluar airmata dia kt celah tu ..nasib brader nie perasan
Hamba Allah 1 – Bela wey . aku pernah dlm situasi kau… tpi dkt je dri kl balik Kuala pilah . Aku trus Bela smpai skrg . alhamdulillah, rezeki selalu ad.
Manajodohku – Alhamdulillah Allah jge dia spnjg perjlnan..lame tu..kesian dia
Brandon RinggisLopez – nasib x kena bahagian enjin yang lain panas weyhhh….selalu tengok ular sangkut kat enjin sedar2 bau hangus dah
abangbenconverse – Panas wehh.. ak yg keje pomen ni pun tk mampu nk hadap muka dkt enjin lebih 30 minit.
Sebelum memulakan pemanduan, periksalah kereta anda agar kejadian seperti ini tidak berlaku.
Sumber : TikTok @wannnwannnwannn