Bank Perlu Tanggung Wang Pelanggan Hilang- Timbalan Menteri

Seminggu dua ini hangat diperkatakan kes-kes kehilangan wang daripada akaun-akaun bank individu. Bukan seorang dua yang mengalaminya, namun sudah ramai yang ‘terkena’ dengan ‘sc4mmer’ yang tidak diketahui siapa dalangnya.

Pastinya ini menimbulkan kekesalan serta kerisauan di hati pelanggan-pelanggan apalagi bila pihak bank seolah berlepas tangan walau jelas jumlah besar dengan begitu sahaja hilang sedangkan ianya di bawah kawalan pihak bank.

Di mana silapnya hingga tiada tindakan diambil oleh pihak bank selain daripada meminta pengguna menjaga sendiri akaun peribadi mereka?

Bank Perlu Tanggungjawab!

Susulan isu ini, Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah mahu institusi kewangan dan bank bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan, jika ianya berpunca akibat kecuaian mereka.

Menurutnya, Bank Negara (BNM) sedang memantau isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini semakin menjadi tumpuan masyarakat.

Malah, beliau berkata, perkara itu juga sudah beberapa kali dibangkit dan dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat, sebelum ini.

“BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka diani.aya, mereka boleh lap0rkan kepada polis, selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.

“Pada masa sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecu4ian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab,” katanya.

Tidak Boleh Lepas Tangan

Selasa lalu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, dilaporkan berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila “sc4mmer” atau pengg0dam mer0mpak duit pendeposit dalam akaun mereka.

Sebaliknya, pihak bank didesak supaya membayar semula ganti rugi kepada pelanggan apabila berlaku kes kehilangan wang simpanan yang berpunca daripada kelemahan sistem sekuriti perbankan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan dilaporkan berkata, BNM perlu mengkaji semula perihal kebertanggungjawaban bank komersial terhadap isu kehilangan wang pelanggan yang semakin kerap berlaku.

Hilang RM13,000, RM44,000, Dan RM163,000

Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah dilaporkan mendakwa, kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 pada 19 Ogos, menerusi 3 transaksi mencurigakan, pada 2 pagi.

Beliau mendakwa, tidak menyedari 3 transaksi tersebut kerana tidak menerima nombor kod kebenaran transaksi (TAC) daripada bank.

Selain itu, seorang individu menerusi Facebooknya, Shida Razak KC turut berkongsi kisahnya kehilangan sebanyak RM44,000 dalam 3 transaksi pada hari yang sama dan mengambil tindakan membuat laporan polis serta aduan kepada pihak bank namun tiada apa boleh dilakukan oleh pihak bank.

Bukan hanya beliau, turut menjadi mangsa ialah pengguna Facebook Azura Photobook yang mengalami kehilangan sejumlah wang besar sebanyak RM 163,000! Malahan ini melibatkan sehingga 4 buah bank.

Itu yang tular. Yang tidak tular atau memilih untuk senyap pula entah berapa yang hilang.

Semoga saranan timbalan menteri dijadikan kenyataan, pihak bank mesti bertanggungjawab menggantikan semula wang pelanggan yang hilang akibat kecuaian mahupun kelemahan sistem sekuriti mereka.

Sumber : FMT / Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.