Gelandangan Warga Emas Jadikan Jejantas Pejalan Kaki Sebagai ‘Bilik Tidur’

Se0rang gelandangan mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak selepas mengu,bah sebahagian daripada jejantas pejalan kaki menjadi bilik tidurnya.

Tindakannya itu mula menjadi tular selepas seorang pengguna TikTok memuat naik vide0 yang menunjukkan keadaan jejantas berkenaan yang diubah menjadi bilik oleh seorang lelaki gelandangan.

Menurut Thethaiger, bilik itu dilengkapi dengan tilam gabus, bantal dan langsir.

Selain itu, beberapa cawan plastik turut ditemukan, dipercayai digunakan oleh lelaki gelandangan itu untuk meminta sedekah daripada pejalan kaki yang melalui jejantas tersebut.

Namun, tidak lama selepas vide0 itu tular, jejantas tersebut dis3rbu pihak berkuasa dan bilik gelandangan terbabit dir0bohkan segera.

Menerusi media sosial, kebanyakan pengguna menyifatkan ‘bilik’ berkenaan agak selesa, biarpun pejalan kaki lalu-lalang di sana.

Malah, ada pengguna yang menyifatkan mereka seperti ‘masuk ke rumah orang’ ketika melalui jejantas berkenaan sehingga mencetuskan rasa tidak selesa.

Media tempatan melaporkan, gelandangan berusia 60 tahun itu mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan bilik berkenaan secara berperingkat.

Kejadian berlaku di Ayutthaya, Thailand ini mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat. Ada yang menganggapnya kreatif namun ada juga yang mengec4m perbuatan tersebut kerana akan mengganggu keselesaan pejalan kaki lain.

Bagaimanapun, pengguna TikTok, @jittakorn_pochoo yang memuatnaik video itu telah memohon maaf kerana menyiarkan video tersebut sehingga menyebabkan ia dimus,nahkan oleh pegawai lebuh raya.

 

 

Semoga warga emas itu diberikan tempat tinggal selayaknya agar tidak lagi mengolah idea kreatifnya untuk membuat ‘rumah’ di laluan awam.

Sumber : TikTok / Thetaiger / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *