Budak 5 Tahun J4tuh Dari Tingkat 9 Flat Sri Sabah, Bapa Rayu Padam Video Anak

Pi.lu dan menya.yat hati. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun meningg4l dunia selepas terja.tuh dari balk0ni dapur di tingkat 9 Flat Perumahan Sri Sabah (Blok 62), Kuala Lumpur, semalam.

Ketua P0lis Daerah Cheras, Asisten K0misioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian itu pada pukul 11.54 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan angg0ta polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mang.sa telah dibawa ke H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun dipercayai terj4tuh dari tingkat 9 (balk0ni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mang.sa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meningg4l dunia oleh pegawai perubatan h0spital berkenaan.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kem4tian mangsa.

Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan.

Bapa Rayu 

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak itu, menerusi Facebooknya Bob Hazriq merayu agar gambar-gambar dan video anaknya terjatuh dipadam.

 

Menerusi maklumat dari media sosial, jirannya menyangka ada barang dibuang dari tingkat atas namun tak menyangka rupanya kanak-kanak yang jat.uh.

Kejadian itu menggemparkan penduduk di perumahan tersebut dan turut berdu.ka atas apa yang menimpa keluarga tersebut.

Takziah. Semoga ibu bapa anak ini diberikan ketabahan em0si dan mental menerima pemergian buah hati tercinta, disatukan semula di syurga yang abadi kelak.

Buat para ibu bapa, perhatikan dan pantaulah sentiasa anak-anak walaupun berada di rumah sendiri agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Usahakan juga membuat jeriji keselamatan jika ada anak-anak kecil di rumah.

Sumber : Kosmo / Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.