Cemerlang STPM PNGK 4.0, Sayangnya Pemuda Ini Tak Boleh Sambung Belajar Kerana…

Bahagia bersulam du.ka. Biarpun meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), masa depan pemuda ini masih su.ram kerana status kewarganegaraannya.

Muhammad 0mar M0khtar Abdul Rahman, 20, berharap pr0ses tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin sekali gus memberi peluang untuknya menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam seperti rakan-rakan yang lain.

“Alhamdulillah 18 Ogos 2022 keputusan keseluruhan bagi STPM sudah diumumkan dan Alhamdulillah atas rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah, saya berjaya memper0leh keputusan yang cemerlang dalam keseluruhan semester iaitu gred purata PNGK 4.0 dan Band 4 bagi subjek Muet.

“Namun, status saya yang masih lagi belum mendapat taraf warganegara di Malaysia dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyebabkan masa depan saya berada dalam keadaan hitam putih dan terawang-awang.

“Tambahan pula, keputusan yang diper0leh masih belum dapat menjamin tempat saya di universiti awam kerana status saya yang masih lagi bukan warganegara. Walaupun sebelum ini sudah ada beberapa pihak cuba membantu, namun pr0ses tersebut masih mengambil masa yang panjang ek0ran pr0sedur di KDN yang amat teliti.

“Saya tidak berniat untuk melangg4r mana-mana pr0sedur yang telah ditetapkan oleh pihak KDN cuma saya harap status perm0honan saya untuk mendapatkan taraf warganegara dipercepatkan memandangkan segala d0kumen yang diperlukan telah dihantar dan segala pr0sedur ditetapkan telah dipatuhi,” ujarnya yang dilahirkan di H0spital Kajang, Selangor.

“Saya kemudian mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kub0r Panjang, Pendang selepas rayuan dan budi bicara Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Ketika dihubungi, Omar yang menetap di Pendang, Kedah bercerita mengenai perjalanan hidupnya yang banyak berubah selepas perpi.sahan kedua orang tuanya sekitar 20 tahun lalu.

Menurut anak tunggal itu, dia berdepan banyak kesu.litan selepas gag4l mendapatkan kad pengenalan (IC) pada usia 12 tahun gara-gara terdapat kesi.lapan pada data ibunya yang dikesan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Umur 5 Tahun Pu.tus Hubungan Dengan Ibu

Ayah dan mak kenal di Selangor ketika mereka bekerja di sana. Mereka berkahwin dan kemudiannya berpisah masa saya umur setahun. Masa kecil, saya hanya berhubung dengan mak melalui telefon sehinggalah kami terputus hubungan masa umur saya 5tahun.

“Mak berasal dari Sabah. Ketika nak buat kad pengenalan masa umur 12 tahun, JPN kata ada kesilapan pada data mak. Bila tak boleh tahu asal-usul sebenar mak, JPN cuba daftarkan saya di bawah ayah. Tapi ayah tak lahirkan saya. Untuk buktikan status, JPN perlukan sijil nikah tapi ayah g4gal tunjukkan sijil itu sebab mereka pun dah bercer4i.

“Jadi JPN tak dapat daftarkan saya sebagai warganegara. Berkaitan asal-usul mak, JPN kata ada 3 kemungkinan. Pertama, mak bukan warganegara. Kemungkinan kedua mak guna kad pengenalan palsu atau guna kad pengenalan orang lain masa daftar kelahiran saya. JPN cakap kalau nak kata mak orang Sabah sekali pun, ramai orang Sabah tak ada kad pengenalan, pendatang Fili.pina pun ramai.

“Kalau ibu terbaca kisah ini, harap dapat bersatu semula. Saya tahu Malaysia besar, tapi mungkin dia boleh cari saya semula.”

“Selepas g4gal buat kad pengenalan masa umur 12 tahun, JPN sarankan satu langkah atau saluran iaitu daftarkan saya secara pendaftaran anak angkat. Jadi sejak detik itu, untuk daftar peperiksaan sekolah dan apa-apa urusan, saya akan guna dokumen pengenalan anak angkat,” ujar Omar lagi sambil menambah dia mempunyai sijil kelahiran.

Cemerlang UPSR, PT3, SPM

Selain cemerlang dalam STPM, Omar juga meraih keputusan 4A, 1B dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), 7A, 2B, 1C dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 5A, 3B, 2C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Omar, dia bercita-cita untuk bergelar sebagai guru atau peguam dan memasang impian menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kisah Membesar Tanpa Ibu

Bercerita mengenai pengalaman membesar tanpa seorang ibu, Omar mengakui dia banyak bergan.tung kasih dengan saudara-mara dan berasa ada ruang k0song dalam hatinya.

“Rasa agak kekurangan dan kehilangan bila membesar tanpa mak. Orang lain dapat perhatian mak tapi saya tak ada pengalaman itu. Masa kecil dulu ada juga rasa member0ntak, saya tertanya-tanya kenapa saya membesar tanpa ibu? Kenapa jadi macam ni?

“Tapi ibu dan bapa saudara serta arwah atuk dan nenek banyak bagi semangat kepada saya. Mereka kata, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walaupun dah terpu.tus hubu,ngan, saya tetap doakan keselamatan mak walau di mana dia berada.

“Dah 20 tahun. Kalau ibu terbaca kisah ini, harap dapat bersatu semula. Saya tahu Malaysia besar, tapi mungkin dia boleh cari saya semula. Dulu mak pernah datang Pendang, dia tahu alamat,” ujar Omar lagi.

Omar turut berkongsi kisah hidupnya menerusi laman Twitter dan berharap perkongsian itu dapat meraih perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta KDN.

Kerana kesilapan orang tua tidak mementingkan kesahihan atau urusan berkaitan dokumen sebelum bernikah, anak yang merasa kesannya. Semoga dipermudahkan urusan Omar untuk mendapatkan dokumen

Sumber : mstar/Twitter @oomar

Leave a Reply

Your email address will not be published.