“Sumber Makanan Yang Berkhasiat,”- Saintis Dakwa Burger Ulat ‘Kunci’ Masalah KebuIuran Dunia

Ulat Sumber Makanan Yang Berkhasiat

Para saintis di Korea Selatan mendakwa bahawa ulat yang diproses bersama gula akan menghasilkan daging burger yang boleh menjadi kunci kepada penyelesaian masalah kebuIuran di dunia.

Memetik laporan New York Post, ulat tersebut yang juga dikenali sebagai mealworms itu akan dikisar dan diletakkan perasa dengan rasa seperti daging burger yang sebenar.

Gambar: Daily Star

Disebabkan populasi global dianggarkan mencecah 9.7 bilion orang menjelang tahun 2050, alternatif daging sangat dicari kerana impaknya yang lebih rendah terhadap alam sekitar.

Menurut saintis, ulat itu dikatakan boleh menjadi sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh, mengurangkan kolesterol dan masalah kerad4ngan serta meningkatkan kadar denyutan jantung.

“Serangga adalah sumber makanan yang berkhasiat dan sihat dengan jumlah asid lemak, vitamin, mineral, serat dan protein berkualiti tinggi yang sama seperti daging.

“Mealworm mengandungi asid amino penting yang bermanfaat dan tinggi dalam asid lemak tak tepu,” kata ketua projek dari Universiti Wonkwang, Dr. Hee Cho.

Bagaimanapun, tidak semua orang di dunia ini suka kepada serangga tersebut dan disebabkan itu Dr Cho sedang cuba untuk membetulkan stigma mengenainya.

Gambar: Daily Star

Tegasnya, ulat itu adalah salah satu serangga yang boleh dimakan dan paling banyak digunakan di dunia.

Melalui penyelidikan yang dilakukan oleh pasukannya, mereka mengkaji ulat tersebut sepanjang keseluruhan kitaran hayat mereka sehingga menemui ‘hidrokarbon meruap’ yang tersejat dan menghasilkan bau yang kuat.

Bergantung kepada kaedah memasak, larva mentah dikatakan boleh berb4u seperti tanah basah, udang dan jagung manis. Larva yang dipanggang atau digoreng pula akan menjadi lebih berminyak.

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yang aneh kerana sebelum ini ada masyarakat di Eropah yang telah mencampurkan ulat ke dalam menu makanan mereka berikutan penyelidikan yang mengisytiharkan bahawa serangga itu selamat untuk dimakan.

Bukan itu sahaja, saintis dilaporkan telah menemui ulat yang boleh mengesan kanser paru-paru pada awal tahun ini.

Sumber: New York Post

Leave a Reply

Your email address will not be published.