4 Bulan Bergelap, Matahari Kini Muncul Semula Di..

Setelah 4 bulan bergelap tanpa cahaya Matahari, kini Antartika kembali cerah disinari pancaran cahaya matahari.
Kehadiran cahaya matahari menandakan berakhirnya musim sejuk di Antartika.
Ketika musim sejuknya, Antartika mencatatkan suhu sehingga serendah -80 darjah Celsius di bawah langit yang gelap gelita.

Seramai 15 krew tinggal dan bekerja dalam keadaan itu dan tiada siapa yang boleh masuk atau keluar ke kawasan tersebut susulan suhu sejuk ekstrim.
Mereka mengkaji bagaimana manusia dapat hidup dan bertahan dalam cuaca ekstrim dan terasing.

Salah seorang saintis, Dr Hannes Hagson berkata, “Kembalinya cahaya matahari sudah pastinya sangat menggembirakan kami dan menandakan kami sudah berada di bahagian terakhir pengembaraan ini”
Kemunculan semula matahari di Antartika dikongsikan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) menerusi Twitter rasmi mereka.
Krew tersebut diletakkan di stesen kajian Concordia di bawah tajaan ESA.
Stesen itu hanya sejauh 1000 kilometer sahaja dari Kutub Selatan.
Untuk mengatasi rasa tidak seronok dalam cuaca sejuk dan ekstrim itu, para krew sibuk bekerja serta meraikan ‘mid-winter’ semasa Jun dan melakukan Antartic Winter Game pada bulan Julai.

Sudah tentu ianya tidak semua seronok. Hannes tetap sibuk dengan penyelidikan bioperubatannya, dia berterusan mengumpul data kajian daripada sampel air kencing, tinja dan d4rah para krew yang ada selain perubahan kognitif dan psikologi mereka.
Mereka berada pada kedudukan 3233 meter dari aras laut yang menyebabkan mereka merasai pengalaman yang dikenali sebagai chronic hypobaric hypoxia atau kekurangan oksigen di dalam otak.
Di antartika, malam yang panjang tersebut telah bermula pada bulan Mei lepas.

Sepanjang 4 bulan yang gelap di Antartika tersebut telah dimanfaatkan oleh saintis bagi eksplorasi angkasa dan latihan angkasawan.
Kini mereka sedang mempersiapkan khemah dan bilik-bilik di stesen tersebut untuk musim panas dan dijangka lebih 40 orang krew akan terlibat pada waktu itu nanti.