Bayi 10 Bulan MeninggaI Selepas Tidak Sedarkan Diri Di Rumah Pengasuh, Kesan Lebam Di Dahi

Bayi 10 Bulan MeninggaI Di Rumah Pengasuh

SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggaI dunia, tiga hari selepas dikejarkan ke hospitaI apabila didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, dekat sini, 19 Ogos lalu.

Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata bayi itu disahkan meninggaI dunia di Hospital Shah Alam, 22 Ogos lalu.

Katanya, terdahulu poIis menerima Iaporan berhubung insiden itu daripada bapa m4ngsa yang berusia 33 tahun, kira-kira jam 8 malam hari kejadian.

Beliau berkata, hasil sias4tan awal poIis mendapati m4ngsa merupakan anak tunggaI pengadu dan baru berusia 10 bulan.

“Pada hari kejadian, pengadu dan isteri dikatakan ke rumah pengasuh sekitar jam 4 petang selepas dimaklumkan bahawa anak mereka tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan di sebuah hospitaI swasta di Seksyen 19 kemudian mendapati ada kesan Iebam di dahi dan disyaki berlaku pend4rahan dalam 0tak m4ngsa.

“Bayi itu kemudian disahkan meninggaI dunia di HospitaI Shah Alam. Bedah si4sat sudah dijalankan pada 23 Ogos lalu dengan keputusan ‘pending lab0ratory investigation’ (menunggu hasil sias4tan makmal),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal memaklumkan, pengasuh bayi itu adalah seorang wanita warga tempatan berusia 36 tahun dan sedang mengandung lima bulan.

Beliau berkata, wanita itu didapati menjaga lapan kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga empat tahun (termasuk anak pengadu) di kediamannya secara sendirian.

“Setakat ini, wanita itu belum ditahan dan sias4tan lanjut masih dijalankan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekuIasi. Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyi4sat, Inspektor Roshaza melalui talian 011-39865668,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.