Tegur k0nsert haram, Imam Masjidil Haram dip3njara 10 tahun

Tugas seorang ulama’ bukanlah mudah. Bukan hanya menyeru manusia kepada kebaikan dan menyebarkan ilmu agama berlandaskan kitabullah Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang benar, namun juga dipertanggungjawabkan mencegah m4ksiat dan kemung.karan.

Perjalanan sejarah telah menyaksikan ramai para ulama Islam dip3njara dan dib3rkas kerana menyatakan kebenaran.

Menyatakan kebenaran di akhir-akhir zaman yang sememangnya budaya mungkar sudah mend4rah daging dalam tubuh dan jiwa masyarakat bukan lagi mudah. Amat sukar. Ada ulama yang mengambil pendirian menegur di belakang tabir, ada yang mengambil pendirian menegur secara terbuka.

Apa yang penting, tugasan telah dilaksana, kebenaran sudah disuarakan walau tidak disetujui ramai.

Tegur Amalan Menyimpang Daripada Ajaran Dan Norma Budaya

Kerana bersuara lantang dan terbuka, seorang ulama di tanah suci ini dija,tuhkan huku.man p3njara kerana meng3cam k0nsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan norma budaya Arab Saudi.

Sheikh Saleh al-Talib

Sheikh Saleh ditahan sejak 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengkri.tik Pihak Berkuasa Hiburan Umum iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di Arab Saudi.

Dan, baru-baru ini Mahkamah Rayuan J3nayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus huku.man p3njara 10 tahun terhadapnya dikekalkan.

Ditahan Tanpa Alasan

Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Syarikat, Dem0cracy for The Arab W0rld Now (Dawn) mendedahkan bahawa beliau ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut, 4 tahun lalu.

Huku.man p3njara ke atas Sheikh Saleh disahkan menerusi ciapan di Twitter oleh Dawn, kumpulan yang diasaskan wartawan Jamal Khashoggi yang m4ti dib*nuh.

Jurucakap Dawn, Abdullah Alaoudh meng3cam huku.man p3njara lantaran keberanian beliau bersuara menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.

“Mereka ditangkap hanya kerana menyatakan pendapat secara aman. Penindasan ini perlu dihentikan terhadap semua orang tanpa pengecualian,” katanya.

Penahanan itu dilakukan ketika Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman meneruskan usaha meref0rmasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan berpuluh-puluh ulama dan imam terkemuka yang mengkri.tik agenda pembaharuan.

Antara ulama lain yang pernah ditahan sebelum ini ialah Salman al-‘Oudah yang menyeru rakyat Arab Saudi mendamaikan perbezaan dengan Qatar selepas Riyadh mengetuai s3katan ke atas negara teluk itu.

Sheikh Salman al-‘Oudah

Sememangnya perjalanan dakwah bukan mudah, seperti frasa yang sering digunakan, ia tidak dibentang dengan karpet merah. Namun, penuh dengan ranjau dan du,ri mehnah.

Hanya Allah jua tempat kita kembali, Dia jua lah yang menilai segala amalan, mengganjar balasan di negeri abadi kelak.

Semoga kita di berada di jalan lurus yang disuluh terang cahaya petunjuk.

Sumber : Middle East Eye / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.