Ayah Kerja Keras Cari Rezeki, 2 Anak S4kit Jantung, 1 D3rita Saraf

Di kala ramai meraikan kemerdekaan dengan gembira dan penuh semangat patriotisme, ada rakyat yang bukan hanya tidak dapat meraikan sambutan Hari Merdeka, namun ‘diraikan’ dengan membanting tulang empat kerat mencari rezeki kerana kesukaran hidup ditambah dengan ahli keluarga yang menghidap peny4kit.
Berat mata memandang, berat lagi dugaan yang ditanggung sepasang suami isteri Mohd. Nazrul Mat Zain, 42, dan Nurul Wahida Kamarudin, 38, apabila 3 anak mereka; anak ke-2, ke-3 dan anak bongsu disahkan menghidapi k0mplikasi jantung dan saraf.
Tinggal Di Rumah Sempit Tidak Siap, Tanpa Bilik
Selain terbeban dengan k0s rawatan anak, pasangan yang mempunyai 5 anak berusia 1 hingga 16 tahun itu juga tinggal di sebuah rumah s3mpit yang tidak siap dan tanpa bilik di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang.
Nurul Wahida memberitahu, anak bongsunya, Nurul Aishah, 1, sudah menjalani 2 kali pemb3dahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana peny4kit jantung berlubang pada 29 Jun dan 6 Julai lalu.
“Selama 20 hari dirawat di IJN, kini keadaan kesihatannya masih terganggu dan kerap menangis. Terbaharu dia (Nurul Aishah) terkena j4ngkitan kuman pada hidungnya.
“Anak ke-3 kami Nurul Shafiera, 11, juga mengalami masa.lah jantung dan telah menjalani pemb3dahan 2 kali tahun lalu,” katanya baru-baru ini.
Belum reda dengan kisah 2 anak berkenaan, Nurul Wahida memberitahu, mereka diuji lagi apabila anak ke-2 nya, Nurul Syafinaz, 14, pula dis3rang peny4kit saraf dengan jari telunjuk di tangan kiri memb3ngkak mengakibatkan s4kit di bahagian tangan dan lengan kiri serta belakang badan.
“Kami masih menunggu panggilan daripada pihak h0spital untuk mendapatkan rawatan Nurul Syafinaz dan kini dia tidak boleh menggerakkan jari telunjuk serta mengangkat tangan dan lengan kiri sehingga menggang.gu pelajarannya di sekolah.
“Dia (Nurul Syafinaz) kini menanggung kes4kitan selain sukar untuk tidur kerana tidak boleh berbaring,” luahnya.
RM 2,500 Kos Rawatan, Susu Khas Dan Kos Susulan Bulanan
Nurul Wahida memberitahu, dia terpaksa menyediakan RM1,200 sebulan untuk susu khas bagi 2 anak yang s4kit jantung dan RM1,000 untuk bayaran sewa kereta serta perbelanjaan harian.
“Kami memerlukan hampir RM2,500 sebulan untuk keperluan kebajikan anak yang s4kit termasuk persekolahan dan keperluan barang dapur dan jumlah berkenaan tidak termasuk k0s rawatan serta pengangkutan ulang-alik ke IJN.
“Suami terpaksa bekerja keras dengan mengambil upah di ladang sawit dan ternak kambing untuk memperoleh pendapatan yang lebih demi rawatan anak-anak dan belanja keluarga,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun katanya, dengan pendapatan antara RM600 hingga RM900 sebulan yang diterima suaminya, anak-anak mereka terpaksa tinggal di dalam rumah tanpa bilik serta bilik air yang dibina atas tanah milik keluarga.

Berat ujian suami isteri ini, jika mampu hulurlah bantuan. Jika sendiri memerlukan, hulurkanlah doa.
Semoga anak-anak ini diberi kesembuhan, di’merdeka’kan dari peny4kit yang menimpa, dan keluarga ini berjaya keluar dari kep0mpong kemiskinan.
Sumber : Kosmo
[Makluman! Pihak Harmagidun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk meraih dana bagi keluarga ini. Nombor akaun serta nombor telefon disediakan diambil dari artikel asal Kosmo. Segala urusan untuk membantu atau menghubungi keluarga ini atas tanggungjawab sendiri.]