Sehari Sebelum Merdeka, 4 Beranak M4ut Motosikal Bertembung Lori Pasir

Sehari sebelum negara menyambut kemerdekaan, 4 sekeluarga temui aj4l, selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kem4langan bertembung dengan lori membawa muatan pasir di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor semalam.

Mangsa terlibat merupakan pasangan suami isteri dan 2 anak mereka iaitu,  Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta 2 anak mereka, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan Nurfatihah Jannah berusia 7 bulan.

Mereka dilaporkan m4ut di lokasi kejadian akibat ced3ra p4rah.

Menurut ibu kepada Siti Jamaliah, Rosni Sintingan, 53, dia hanya mendapat tahu mengenai kem4langan menimpa anak, menantu dan 2cucunya itu kira-kira jam 3 petang, selepas dimaklumkan anak saudaranya yang melihat gambar kem4langan itu di Facebook.

Wanita itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan anaknya dan cucu, Nurfatihah Jannah, sudah dibawa ke h0spital.

“Apabila tiba di lokasi, saya hanya nampak j3nazah menantu dan cucu lelaki sahaja yang masih terbaring di situ,” katanya semalam.

Perjalanan Pulang Ke Rumah

Rosni berkata, dia tidak mengetahui ke mana keluarga itu ingin pergi sebelum kemalangan, namun percaya mereka mungkin keluar bersiar-siar ke pekan.

“Kalau cuti memang mereka akan berjalan anak-beranak. Mungkin mereka ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke FELDA Pasir Raja berjumpa rakan.

“Kalau ikut arah l0kasi kem4langan itu, mereka mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Mawai di sini,” katanya.

 

 

4 Beranak Hanya Guna Motosikal, Tiada Kereta

Rosni berkata, keluarga anaknya memang menggunakan motosikal untuk ke mana-mana kerana tidak mempunyai kereta, malah beberapa hari lalu pasangan itu ke Negeri Sembilan menunggang motosikal kerana mempunyai urusan.

“Sebelum ini, mereka pernah juga terbabit kem4langan, namun hanya ced3ra.

“Kami pernah menasihati untuk beli kereta, namun mereka memaklumkan tidak apa. Kami kasihankan anak dan isterinya sahaja, tetapi tidak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” katanya.

Rosni berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu kelmarin, ketika suami isteri itu mengambil anak mereka yang ditumpangkan di rumahnya.

“Ketika mereka ke Negeri Sembilan, mereka menumpangkan 2 anak mereka di rumah saya di FELDA Pasir Raja.

“Bila balik, mereka sempat tidur di rumah sebelum pulang ke rumah di Kampung Mawai. Masa itu anak seperti biasa sahaja tiada apa yang pelik.

“Kami bersalaman masa itu cuma bila saya nak cium dia, dia tak mahu,” kata ibu kepada 3 anak itu.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kem4langan itu, namun memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Pasangan tersebut meninggalkan seorang anak perempuan berusia 8 tahun, Nor Suzila Abdul Rahman yang tinggal bersama neneknya di Felda Pasir Raja, Kota Tinggi.

Takziah buat keluarga terlibat. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Allaahummaghfirlahum warhamhum wa’aafihim wa’fu’anhum.

Sumber : Buletin TV9/ Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.