Demi Sesuap Rezeki, Pakcik Bawa Teksi Angkut Tong 0ksigen

Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Sudahlah ditimpa peny4kit, kerja pula harus diteruskan. Demi sesuap rezeki, seorang pemandu teksi gigih membawa t0ng 0ksigennya semasa bekerja.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dari Thailand ini  menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang membawa sekali t0ng 0ksigennya semasa bekerja memandu teksi.

Dalam perkongsian itu, pengguna itu pada awalnya berasa sedikit g3ram kerana pemandu teksi bergerak dalam keadaan yang amat perlahan. Namun, apabila mengetahui keadaannya, dia berasa terk3jut dan simpati kerana lelaki yang memandu teksi tersebut mempunyai banyak peny4kit kr0nik.

Lebih meny3dihkan, dia hanya menyewa teksi tersebut dan memberikan perkhidmatan penghantaran itu demi mendapatkan wang bagi membayar sewa bilik serta r4watan peny4kitnya.

Alami Pelbagai Peny4kit

Pemandu teksi itu memaklumkan bahawa mengalami peny4kit buah pinggang, paru-paru berair serta penglihatan yang tidak berapa baik.

Dia terpaksa mencari wang kerana anaknya juga bergaji kecil dan perlu memberi wang buat raw4tannya. Pemandu teksi itu mengambil keputusan untuk cuba meringankan bebanan anaknya dengan bekerja memandu teksi yang disewa.

Gambar-gambar yang dikongsikan menyentuh hati warga maya kerana kelihatan pemandu teksi itu terdapat tiub wayar berselirat di bahagian mukanya serta tong oksigen yang digan.tung di belakang kerusi pemandu.

Enggan Susahkan Anak

Pemandu tersebut turut memaklumkan ada menerima bantuan daripada kerajaan, namun wang tersebut dibuat untuk tambahan membayar sewa bilik kerana enggan menyusahkan anaknya.

Katanya dia juga sudah menjual telefon bimbitnya sehingga sukar menghubungi anak tersayang untuk bertanya khabar.

Kegigihan lelaki itu mencari rezeki didakwa telah meraih simpati ramai sehingga ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepadanya.

Bukan hanya memberikan wang ringgit, malahan ada juga yang sanggup menaja rawatan yang akan diberikan ke atas peny4kit yang dialami pemandu teksi berkenaan.

Semoga pakcik ini sembuh dari peny4kitnya, dimudahkan mencari rezeki demi kehidupan yang semakin mencabar.

Sumber : Ohmymedia via Facebook Nongying

Leave a Reply

Your email address will not be published.