Peniaga Cendol Ditipu Rakan Dan Dibuang Keluarga, Rugi RM 3 000!

Peniaga Cendol Ditipu Rakan

Tular di Tik Tok kisah seorang peniaga cendol yang mend4kwa dirinya ditipu dan berada dalam kesus4han. Kisah hidup yang dialami oleh lelaki itu turut membuatkan kebanyakan netizen berasa sebak melihatnya. Video yang dikongsikan itu juga tular dan menerima lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu dia dihampiri oleh lelaki tersebut yang bertanyakan sesuatu kepadanya. Pada awalnya, lelaki itu bertanyakan bagaimana dia boleh mencari imam yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Dia kemudiannya menceritakan kesus4han yang dialaminya di mana dia telah ditipu oleh rakannya yang kononnya ingin membantunya membuka gerai cendol di Terengganu. Hasil daripada penipuan itu, peniaga cendol ini telah mengalami kerugi4n sebanyak RM3,000.

Dalam masa yang sama, lelaki itu juga mengalami keceder4an pada bahagian kaki selain dibuang keluarga selepas mereka tidak dapat menerima dirinya yang kini beragama Islam. Simpati dengan nasib yang dialami peniaga cendol itu, pemilik video sempat menghulurkan sedikit wang untuk meringankan bebannya.

Video yang tular :

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama bersimpati melihat nasib peniaga tersebut. Malah ada juga yang berniat ingin membantu namun tidak pasti bagaimana cara untuk berhubung dengan lelaki itu.

“Sebak masa dia cakap, family tak terima saya sebab saya islam.”

“Kesiannya dia cakap pun nampak penat.”

“Tolong bukak tabung untuk dia.”

“Moga pak cik dimurahkan rezeki.”

Sumber : Himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *