Lima Tahun ‘Peram’, Doktor Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita

Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita

Ketumbuhan seberat 45 kilogram dilaporkan telah berjaya dikeluarkan dari rahim seorang wanita di Brazil baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, wanita berusia 45 tahun itu dipercayai telah menghidap ketumbuhan selama lima tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa dia tidak mengeluarkannya sebelum ini.

Doktor yang merawatnya, Dr Glaucio Boechat berkata pihaknya mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut.

Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg
Gambar: Daily Mail

“Ia adalah ketumbuhan terbesar yang pernah saya bedah dan pastinya terbesar yang pernah dibedah oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Sebelum itu, pesakit tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sao Jose do Avai pada Rabu lalu selepas dia mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sekurang-kurangnya 14 doktor telah terlibat dalam pembedahan tersebut dan semua kos serta kemudahan perubatan telah ditanggung oleh kerajaan Brazil.

Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg
Gambar: Daily Mail

Walaupun doktor percaya bahawa ketumbuhan itu mungkin telah merebak tetapi ia mengambil masa tiga minggu untuk mereka mengetahui keputusan biopsi.

Wanita itu kini dikatakan berada dalam keadaan stabil serta sudah boleh makan dan bercakap.

Dalam pada itu, foto-foto yang memaparkan ketumbuhan tersebut telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh Dr Glaucio.

Sumber: Daily Mail

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN HOAX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL, SEMUA ARTIKEL YANG DISIARKAN DISINI ADALAH SEKADAR PERKONGSIAN INFO SEMATA-MATA

HARMAGIDUN tidak berniat untuk cetuskan pa’nik atau ketidaksenangan dalam kalangan masyarakat. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap segala komen nega’tif berbaur cemu’han, ma’kian atau cac’ian terhadap seseorang individu atau sesuatu organisasi…

Harap para pembaca dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

> HARMAGIDUN<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *