Penat Jual Buah Mangga, Budak Tertidur Di Divider Jalan Raya Masa Hujan  

Sebuah video pendek berdurasi selama 12 saat yang telah dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi tiktok telah tular dan menyentuh hati ramai. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak yang tengah tidur di pembahagi jalan raya sewaktu hujan turun.

Dikatakan, budak tersebut menjual mangga dan kemungkinan p3nat lalu berehat di pembahagi jalan sehingga tertidur seketika.

Keadaan kanak-kanak itu membuatkan ramai warganet bersimpati serta mendoakannya.

Menurut laman Majoriti, kanak-kanak tersebut adalah penjaja makanan ringan di sekitar kawasan Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah.

Perkara itu disahkan menerusi oleh pemilik akaun TikTok Deylahabib yang memaparkan keadaan dan situasi terkini kanak-kanak berkenaan.

Pemilik akaun yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Fadhilah, 28, berkata, hasil tinjauan dilakukan menunjukkan kanak-kanak tersebut merupakan penjaja dan segala bekalan stok jualan dibekalkan oleh ibu bapa mereka.

 

 

“Mereka sebenarnya jual makanan ringan di situ dan setiap kali lampu isyarat merah, mereka akan pergi ke setiap kenderaan untuk menjual.

“Terdiri daripada enam orang, tiga daripada mereka merupakan adik beradik manakala tiga lagi adalah kawan dan jiran tetangga,” katanya.

“Kesemua kanak-kanak itu tidak bersekolah dan mereka akan mula berniaga seawal pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang,” katanya

Tambah Nur Fadhilah, kejadian tular sebelum ini yang memaparkan si cilik itu tidur difahamkan kerana terlalu penat dan keletihan.

“Dia tertidur di tepi jalan kerana terlampau p3nat dan payung yang digunakan juga merupakan hasil sumbangan orang yang melalui jalan itu.

 

 

“Sehingga ke hari ini, masih ramai yang mahu memberikan bantuan dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh maklumkan kepada saya atau jumpa mereka sendiri di jambatan sekitar Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya lagi.

Kanak-kanak ini tidak minta dilahirkan dengan kesu.karan. Terima kasih kepada saudari tersebut yang telah membantu kanak-kanak ini. Nilai kemanusiaan itu lebih bernilai dari sempadan ‘kewarganegaraan’.

Sumber :TikTok Deylahabib/ Murai / Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *