Viral Rakaman Budak Empat Tahun Bertunang, Siap Ada Rombongan & Sarung Cincin!

Viral Rakaman Budak Empat Tahun Didakwa Bertunang

Umumnya, majlis pertunangan merupakan sebuah majlis yang diadakan bertujuan mengikat dua individu, lelaki dan perempuan yang sedang menjalinkan hubungan istimewa disertakan dengan niat untuk mengakhirinya dengan ikatan sah, iaitu pernikahan.

Dalam tempoh itu, kedua-dua mereka biasanya tidak boleh berkenalan dengan mana-mana individu lain melainkan mereka mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut terlebih dahulu.

Lazimnya, ia dilakukan kepada mereka yang telah menjangkau umur dewasa.

Pertunangan kanak-kanak 4 tahun dan 5 tahun

Namun, lain pula kisah yang satu ini apabila majlis pertunangan yang diadakan ini apabila ia did4kwa melibatkan kanak-kanak yang masih berusia empat tahun yang ditunangkan dengan seorang budak lelaki berusia lima tahun.

Kisah ini menjadi tumpuan selepas tular menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @taniapesekcz.

Duduk bersimpuh dikelilingi barang hantaran

Memetik Wolipop, menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat kanak-kanak itu duduk bersimpuh dengan dikelilingi oleh barangan hantaran yang dihias dan dibungkus dengan rapi.

Dalam pada itu, kelihatan juga seorang wanita sedang menyarung dipercayai cincin pertunangan pada jari manis kanak-kanak itu sama seperti sebuah majlis pertunangan yang berlangsung pada kebiasaannya.

“Tahniah, kecil-kecil lagi dah menjadi tunangan orang. Semoga bahagia selalu,” tulis kapsyen video tersebut.

Menurut Wolipop, ia merupakan tradisi di daerah tersebut dimana kanak-kanak sudah dijodhkan sejak kecil. Hubungan berkenaan biasanya kekal sehingga mereka mencecah usia dewasa.

Namun, rata-rata pendapat dari orang awam mengatakan bahawa hal tersebut tidak wajar kerana mendakwa kanak-kanak itu masih sangat muda untuk dijodohkan.

Apa pendapat kalian? Wajar atau tidak perkara ini terjadi?

Dah baca jangan lupa like, komen dan share..

Sumber : SiakapkeIi

Leave a Reply

Your email address will not be published.