Selepas 70 Tahun Dan Dihu,kum M4ti, Akhirnya Keadilan Muncul Jua..

Disabitkan kesalahan atas kesilapan yang tidak pernah dilakukan, seorang lelaki dihu,kum g4ntung pada usia muda.

Keluarga seorang lelaki yang disabitkan secara salah atas kesalahan membnuh diberikan permohonan maaf polis atas ‘pend3ritaan yang dahsyat’ disebabkan kega.galan keadilan 70 tahun lalu selepas dia dihu.kum m4ti di p3njara Britain.

Bapa 3 Anak Dihkum G4ntung Pada Usia 28 Tahun

Mahmood Mattan, seorang bapa warga British-Somalia kepada 3 anak dihu.kum g4ntung ketika usia 28 tahun pada 3 September 1952 selepas disabitkan bersalah membnuh Lily Volpert seorang pekedai di kedai pakaian keluarganya di Cardiff.

Menurut Guardian, Mattan mengaku tidak bersalah hingga akhir hayatnya.

Bagaimanapun, pada 1998 selepas kempen tanpa jemu memperjuangkan kem4tian Mattan oleh keluarganya, sabitan kesalahan lelaki itu menjadi rujukan Suruhanjaya Semakan Kes J3nayah pertama yang dibatalkan di mahkamah rayuan.

Lily Volpert dan bapanya.

Jeremy Vaughan, Ketua Konstabel Polis South Wales berkata, ia adalah kes pada zaman ketika isu perka.uman, sikap berat sebelah dan pr3judis berleluasa di seluruh masyarakat termasuk sistem keadilan j3nayah.

Mangsa Kegagalan Sistem Pengadilan

“Tidak syak lagi Mahmood Mattan adalah mangsa kega.galan keadilan akibat daripada pendak.waan berat sebelah yang mana polis juga menjadi sebahagian daripadanya.

“Detektif dari polis bandar Cardiff, kini sebahagian daripada polis South Wales, menyi.asat pembnuhan V0lpert berusia 41 tahun yang lehernya dik3lar di sebuah kedai pada Mac 1952,” katanya.

Kedai pakaian Lily Volpert

Katanya, adalah betul dan wajar permohonan maaf dibuat oleh pihak polis atas apa yang berlaku 70 tahun lalu dan mengurangkan pend3ritaan d4hsyat keluarga Mattan dan semua yang terje.jas oleh tr4gedi ini selama bertahun-tahun.

“Malahan sehingga hari ini, kami masih bekerja keras untuk memastikan perkauman dan pr3judis dihapuskan daripada masyarakat dan kepolisan,” katanya.

Isteri, 3 Anak Berkempen 46 Tahun

Isteri Mattan, Laura dan 3 anak lelaki mereka David, Omar dan Mervyn berkempen selama 46 tahun untuk namanya dibersihkan tetapi semuanya sudah meningg4l dunia.

Laura, isteri Mahmood Mattan. BBC

Tanya Mattan, salah seorang cucu dari 6 orang cucu kepada Mattan menyifatkan permohonan maaf tersebut tidak ikhlas, “Permohonan maaf itu terlalu lambat untuk orang yang terjejas secara langsung kerana mereka tidak lagi bersama kami dan kami masih belum mendengar kata-kata ‘saya atau kami minta maaf’.”

Mattan, bekas pelaut yang berasal dari Hargeisa yang pada masa itu dikenali sebagai British Somaliland, ditang.kap dalam beberapa jam selepas pembnuhan Volpert.

Dia didakwa dan disabitkan kesalahan oleh juri berkulit putih dalam perbicaraan 3 hari di Swansea.

Ini berlaku walaupun tiada bukti f0rensik dan Mattan mempunyai alibinya disokong oleh saksi.

Pada 2001, keluarga Mattan menerima pampasan daripada Pejabat Dalam Negeri tetapi tidak menerima permohonan maaf daripada polis sehingga kini.

Di dunia ini, terkadang keadilan itu lambat hadir, atau tidak akan muncul sama sekali hingga kita tiada lagi di dunia ini. Namun, di akhirat nanti keadilan pasti akan tertegak jua.

Sumber : Hmetro/ Guardian /Africalense

Leave a Reply

Your email address will not be published.