Hebat! Berumur 90 Tahun, Pendaki Tertua Berjaya Menawan Puncak Gunung Kinabalu!

Pendaki Tertua Berjaya Menawan Puncak Gunung Kinabalu Di Usia 90 Tahun

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di asia tenggara dan letaknya di daerah Kundasang, Sabah. Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian 4095 meter.

Kepada yang pernah mendaki gunung ini, rata-rata memberitahu bahawa ianya bukanlah tugas yang mudah. Dengan keadaan geografi yang sedikit ekstrem ditambah cuaca yang tidak menentu pastinya membuatkan aktiviti mendaki gunung kinabalu bukan sesuatu yang mudah.

Ianya perlukan perancangan rapi dan latihan yang jitu untuk dapat mendaki gunung tersebut.

Namun, ianya tidak menjadi haIangan buat seorang lelaki yang berumur 90 tahun ini yang merupakan warga tempatan negeri Sabah. Pada usianya sebegitu, dia berjaya menawan puncak gunung Kinabalu pada awal bulan ini!

Video yang tular :

Kapsyen video :

#mtkinabalu 05/09/2022…omulok Poh 90tahun nogi kadauh.. inasapan tii… apa pon tahniah…new record utk pendaki tertua d gng Kinabalu setekat ini..😉

( Masih muda, baru 90 tahun katanya..hebat sungguh.. apa pun tahniah..rekod baru untuk pendaki tertua di Gunung Kinabalu setakat ini..)

Menurut video yang dimuatnaik, individu tersebut mengatakan bahawa umurnya sudah 90 tahun sambil berseloroh bahawa dia masih muda.

Beliau mendaki pada 5 September 2022.

Pendaki lain sempat selfie bersama beliau.

Beliau berlatih mendaki gunung dan bukit lain sebelum mendaki gunung kinabalu.

Tahniah! Pasti ini menjadi kebanggaan terbesar individu tersebut di mana di usia yang agak lanjut, dia berjaya menawan puncak tertinggi di Malaysia dengan jayanya!

Kepada sesiapa yang masih belum berjaya menawan puncak Kinabalu atau kepada sesiapa yang berhajat untuk mendakinya, bolehlah jadikan ‘atuk’ ini inspirasi.

Belum terlambat untuk kita selagi azam kita kuat!

Sumber : Sabah Info

Leave a Reply

Your email address will not be published.