MACAM HONGKONG? Ini Kelebihan Yang Ada Jika Beli Kondo High Density Seperti Ini…

Baru-baru ini tular beberapa gambar perumahan tinggi di Hong Kong oleh kerana ianya dibina rapat-rapat antara satu sama lain sehinggkan ramai netizen meninggalkan komen-komen yang lucu.

Pun begitu, di Malaysia juga terdapat banyak bangunan tinggi yang cantik apatah lagi di ibu negara bahkan dijadikan tempat OOTD pada mereka yang gemar untuk bergambar.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana rupa bentuk sebuah bangunan di Cheras, Malaysia sama seperti bangunan yang berada di Hong Kong mencuri perhatian ramai.

Ikuti perkongsian daripada lelaki ini.

MACAM HONGKONG?

Kesian pula tgk projek ini dikecam teruk kerana terlalu banyak unit. Lebih 4,000 unit dalam satu projek, dan memang nampak padat.

Tapi ini lumrah yang akan terus berlaku di Malaysia. Lebih banyak unit dalam satu projek, pemaju ada ruang utk murahkan lagi harga setiap unit. Senang cerita :

– Lagi banyak unit, lagi murah harga setiap unit.

– Lagi sedikit unit, lagi mahal harga setiap unit.

Saya nak kongsikan kelebihan bila beli unit dalam project high density begini :

– Biasanya harga setiap unit akan jadi lebih murah.

– Maintenance fee juga akan jadi lebih murah sebab banyak unit yang akan kongsi bayar.

– Biasanya tempat ni akan lebih convenient, sebab 7-11, Famiy mart , kedai semua akan berlumba nak buka kedai. 4000-5000 keluarga boleh jadi customer.

– Lokasi dia biasanya bagus, banyak public transport dan mall berdekatan. Kalau tak takdelah pemaju konfiden nak bina 4000 unit kan?

– Kalau ada anak kecil, mereka akan ada ramai kawan kalau selalu main kat fasiliti.

– Kepada yang bujang n single, kebarangkalian jumpa lelaki hensem dan awek cun akan lebih tinggi. 4000 unit patut akan ada at least 10,000 org yang tinggal kat sana.

Takkan satu prospect pun takleh jumpa kan? 😂

Ni kelebihan yang ada bila beli kondo high density begini.

Faizul Ridzuan

Demikian perkongsian daripada individu bernama Faizul Ridzuan yang dipetik daripada Facebook Page Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami.

Di satu hantaran lain yang tular, seorang pengguna Tiktok iaitu @puterimalujengka juga telah berkongsi satu hantaran mengenai bangunan berkenaan yang mendapat respond yang mengundang tawa netizen.

Menerusi video yang dimuat naik, ia memaparkan satu perumahan yang dibina tinggi dan banyak disamping menunjukkan bagaimana suasana perumahan itu.

Jika di Hong Kong, difahamkan konsep perumahan tersebut dipanggil sebagai pangsapuri nano.

“Kita delivery sebelah apartment ni, fuhh seri aih depa punya view lain macam rasanya,” ujarnya di ruangan TikTok

Video yang tular di laman TikTok:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sempat meninggalkan komen-komen yang lucu oleh kerana bangunan tersebut yang terlalu tinggi.

“Lif rosak habis la, turun darjah 1 sampai bawah darjah 2”- Netizen

Bahkan dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh mengatakan jika menaiki tangga pada waktu siang, kemungkinan sampai di rumah pada waktu malam.

Antara komen warga maya:

“Ni buatnya nak hantar anak sekolah rendah sampai bawah je anak dah habis spm”

“Naik tangga siang, sampai umah dah malam”

“Ni tertinggal kunci kereta, give up nak naik. Auto naik grab”

“yang duduk tingkat paling atas.. hari ni berak.. bulan depan najis baru masuk dalam loji..”

Hahaha..

Apa pendapat anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen..

Sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *