Dua ‘Founder’ Masuk Langkawi Mahu Tayang Lamborghini Jadi Bahan Tawa Penduduk Setempat

Masuk Langkawi Mahu Tayang Lamborghini
Dewasa ini boleh dikatakan seluruh negeri dalam Malaysia mempunyai pengguna-pengguna kereta mewah berkuasa tinggi yang terdiri daripada pelbagai jenama buatan luar negara seperti Jepun (Nissan GT-R), Jerman (Porsche) dan Itali (Ferrari dan Lamborghini).
Dalam satu perkongsian video TikTok yang dipercayai pemilik sebuah kereta Lamborghini, dia berkongsi kepada wargamaya mengenai tujuannya membawa kereta miliknya itu masuk ke Langkawi untuk menunjukkan kepada warga di sana andai kata mereka tidak pernah melihat kereta jenama tersebut.

Bagaimanapun perkongsian video itu cuma menjadi bahan tawa buat penduduk setempat di sekitar pulau bersejarah tersebut. Ini kerana pulau bebas cukai itu sudah cukup terkenal sebagai lokasi untuk menyimpan kenderaan mewah yang berdaftar di Langkawi.
Video yang Tular : Dua ‘Founder’ Masuk Langkawi Mahu Tayang Lamborghini Jadi Bahan Tawa Penduduk Setempat
Tambah penduduk setempat lagi, mereka menyatakan ‘sudah bosan’ melihat kereta-kereta mewah yang keluar berjalan sekitar pulau tersebut, bagi mereka itu adalah perkara biasa dan tiada apa-apa yang perlu dikejutkan.
“Kami tengok Lamborghini, macam tengok Perodua Kancil saja dekat Pulau Langkawi ini,” kata salah seorang netizen.
Dalam pada itu, seorang lagi founder menanyakan sama ada penduduk Langkawi tidak pakai minyak mahal seperti RON97 atau RON100 kerana menghadapi kesukaran untuk mencari minyak premium setiap stesen minyak yang dia singgah. Katanya, kereta Lamborghini miliknya hanya menggunakan ‘minyak-minyak premium’ tersebut.
Menurut sumber daripada The Vocket yang bertanggungjawab menguruskan keluar-masuk kereta-kereta mewah dari Pulau Langkawi, kebanyakkan pemilik yang sudah biasa memandu kereta mewah mereka di Pulau Langkawi, mereka sudah siap-sedia mengisi tangki minyak penuh terlebih dahulu.
Ada juga pemilik kereta membawa tong minyak tambahan berisi ‘minyak premium’ itu dari Perlis bagi memudahkan mereka guna sepanjang berada di pulau tersebut.
“Rata-rata kereta mewah tiada masalah untuk diisi dengan petrol RON95 atau mereka (founder) panggil ‘minyak murah’. Tetapi kalau nak tekan pedal sampai lebih 200km/j, memang jadi ‘semput’ kereta mewah itu,” tambah sumber itu lagi.
Maka terjawablah mengapa ada sesetengah jenama kereta mewah sangat memilih dan menitikberatkan ‘siapakah’ bakal pelanggan mereka — kerana tidak mahu para pelanggannya menampakkan jenama mereka ‘murah’ dan ‘memalukan’..
Bak kata pepatah mat saleh — “Class cannot be purchased, Money doesn’t mean class, You have it or you don’t.”
Sumber : TikTok @ayunieso24, TikTok @farhanazahra91, Vocket