Ratu Elizabeth Ada Susur Galur Keturunan Dari Rasulullah SAW? Ini Silsilahnya

Hari ini dunia dikhabarkan dengan pemergian Ratu Elizabeth II pada usianya 96 tahun. Ratu Elizabeth II telah menjadi ratu Britain selama 70 tahun selepas kem4tian ayahnya, Raja George VI pada 6 Februari 1952 ketika baru berusia 25 tahun.

Susulan berita tersebut, pelbagai kisah atau cerita kenangan tentangnya diungkit semula di media sosial. Antara yang menjadi sorotan ramai adalah teori tentang susur galur keturunannya.

Walau menjadi persoalan ramai adakah ianya benar atau tidak, namun wujud silsilah mendiang Ratu Elizabeth yang berkait dengan Nabi Muhammad SAW! Mengejutkan bukan?

Antara pengguna Facebook yang memuat naik perkongsian tentang silsilah ratu adalah Tuan Zainuddin Omar. Berikut kongsinya;

 

Ramai berbangga kerana mengaku keturunan nabi saw terutama mereka di Yemen tetapi tidak dapat menunjukkan salasilah keluarga. Bagaimana ini?

Elizabeth II, Queen of the UK – daughter of

George VI, King of the UK – son of

George V, King of the UK – son of

Edward VII, King of the UK – son of

Victoria, Queen of the UK – daughter of

Edward, Duke of Kent and Strathearn – son of

George III, King of Great Britain – son of

Frederick, Prince of Wales – son of

George II, King of Great Britain – son of

George I, King of Great Britain – son of

Sophia, Electress of Hanover – daughter of

Elizabeth of Bohemia – daughter of

James I/VI, King of England, Ireland & Scotland – son of

Mary, Queen of Scots – daughter of

James V, King of Scots – son of

Margaret Tudor – daughter of

Elizabeth of York – daughter of

Edward IV, King of England – son of

Richard Plantagenet, Duke of York – son of

Richard of Conisburgh, Earl of Cambridge – son of

Isabella Perez of Castille – daughter of

Maria Juana de Padilla – daughter of

Maria Fernandez de Henestrosa – daughter of

Aldonza Ramirez de Cifontes – daughter of

Aldonza Gonsalez Giron – daughter of

Sancha Rodriguez de Lara – daughter of

Rodrigo Rodriguez de Lara – son of

Sancha Alfonsez, Infanta of Castile – daughter of

Zaida (aka Isabella) – daughter of

Al-Mu’tamid ibn Abbad, King of Seville – son of

Abbad II al-Mu’tadid, King of Seville – son of

Abu al-Qasim Muhammad ibn Abbad, King of Seville – son of

Ismail ibn Qarais – son of

Qarais ibn Abbad – son of

Abbad ibn Amr – son of

Amr ibn Aslan – son of

Aslan ibn Amr – son of

Amr ibn Itlaf – son of

Itlaf ibn Na’im – son of

Na’im II al-Lakhmi – son of

Na’im al-Lakhmi – son of

Zahra bint Husayn – daughter of

Husayn ibn Hasan – son of

Hasan ibn Ali – son of

Ali ibn Abi Talib and Fatimah.

(Versi 2: Zaida adalah ANAK SAUDARA dan MENANTU Sultan Al-Mutamid bin Abbad II. Zaida adalah ANAK kepada Abu Nabet bin Abbad II (Abul-Kassim Muhammad bin Abbad II).

Demikian kongsinya.

Teori | Ratu Elizabeth Keturunan Nabi?

Tahukah anda bahawa 3 tahun lalu, Al Ousboue, sebuah akhbar Maghribi pernah mendakwa bahawa Ratu Elizabeth II mempunyai leluhur daripada keturunan Nabi Muhammad. Laporan ini tular dan diulang siar oleh tabloid seperti The Daily Mail dan The Daily Express.

Teori ini sebenarnya bukanlah pertama kali diperde.batkan dan menurut The Economist, ia mula muncul sejak 1986 apabila seorang penulis salasilah keluarga ratu, Harold B. Brooks-Baker, penerbit Burke’s Peerage, panduan Britain kepada golongan bangsawan telah mengeluarkan dakwaan ini.

“Adalah sedikit yang diketahui oleh rakyat British bahawa da.rah Mohammed mengalir dalam urat ratu,” tulis Brooks-Baker kepada Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher pada masa itu.

Menurut laman History, teori Brooks-Baker ini muncul apabila dia menghubungkan Ratu Elizabeth dan Nabi Muhammad melalui Zaida dari Seville, seorang puteri Islam dari abad ke-11 yang memeluk agama Kristian dan menjadi gundik kepada Raja Alfonso VI. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.

Bukan Brooks-Baker sahaja yang berkiblatkan kepada teori tersebut, Abdelhamid Al-Aouni, ahli sejarah yang menulis artikel untuk Al-Ousboue, turut berpegang kepada teori bahawa Ratu Elizabeth, Zaida dan Nabi Muhammad ada hubungannya. Bagi beliau, hubungan inilah yang membina jambatan antara 2 agama dan kerajaan.

Dr Ali Juma’ah

Selain Abdelhamid, dakwaan ini turut disambut baik oleh orang-orang seperti Ali Gomaa (Dr. Ali Juma’ah), seorang ulama Islam dan Mufti Besar Mesir ke-18. Dia mencatatkan hubungan itu dan mend0akan Elizabeth rahmat dan keamanan, lapor Al Ousboue.

Dus.ta! – PU Rahmat

Bagi pendakwah bebas Malaysia, PU Rahmat, beliau melihat dakwaan ini tidak benar sama sekali dan ia adalah dus.ta belaka.

“Zaida atau Isabella yang didakwa didalam Silsilah kononnya Cicit kepada Abu Al Qassim Muhammad bukanlah keturunan Rasulullah. Silsilah Keturunan Rasulullah tidak boleh diti.pu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan silsilah yang rasmi atau sah. Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu,” katanya.

Selain itu, Lesley Hazleton, seorang wartawan dan pengarang yang telah menulis beberapa buku tentang perjalanan awal agama Islam berkata bahawa “Itu adalah percaturan antara agama yang berniat baik,” tambah beliau lagi, ia juga dakwaan yang lucu dan bersifat ‘click bait.’

Hazelton melihat kebanyakan khabar angin ini sebagai “reaksi terhadap kemus.nahan Islam di Barat, terutamanya di Amerika Syarikat.” Ia mendedahkan bahawa teori ini sengaja dibangkitkan hanyalah untuk memberi “keh0rmatan” kepada agama utama dunia.

Palsu, Rekaan Semata-Mata!

Sementara itu, pendakwah serta aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung turut menegaskan bahawa kita tidak memerlukan mana-mana tokoh untuk menzahirkan kemuliaan Islam, apatah lagi tokoh yang kem4tiannya dizahirkan sebagai seorang yang tidak menerima Allah sebagai tuhan yg Esa.

Jadi sebaiknya dia berkata, orang ramai hanya memberi penghormatan dan takziah atas kem4tian Queen Elizabeth sebagai seorang manusia, tidak lebih dari itu.

“Salasilah ini yang semakin ditularkan adalah palsu dan rekaan semata-mata,” tambahnya lagi.

Keturunan atau tidak daripada Rasulullah SAW, yang jelasnya, iman tidak dapat diwarisi. Apa yang membezakan kita di hadapan Allah SWT adalah tauhid, iman dan taqwa kita.

Semoga kita antara penghuni syurga yang berjiran dengan Nabi Muhammad SAW ketika di syurga nanti. Aamiin.

Sumber : Mhdaily/ Malaysiadateline/ History

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *