Bekerja Tukang Cuci Pinggan, Baki Gaji Hanya RM5 Untuk Diri Sendiri

Realiti kehidupan seorang ketua keluarga yang mempunyai ramai tanggungan bukan senang. Seorang bapa, ayah dan juga datuk yang bekerja sebagai tukang cuci pinggan inilah buktinya.

P Muniandy, 53, berkata, “Setiap hari bila pulang ke rumah, saya terus mengagihkan wang daripada upah yang diterima selepas bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran dekat sini (Slim River),”

Upah hariannya RM45 akan dibahagikan kepada isterinya, A Saraswathy, 57, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ca.cat fizikal dan suri rumah, cucunya serta selebihnya untuk keperluan diri sendiri.

RM30 Untuk Isteri, RM10 Untuk Cucu, Baki RM5 Untuk Diri Sendiri

Jelasnya, daripada jumlah upah itu, RM30 diperuntukkan buat isteri, RM10 untuk cucunya dan berbaki hanya RM5 untuk dirinya.

Setiap hari isterinya menyimpan wang untuk membayar bil bulanan utiliti dan tambahan bayaran rumah sewa serta selebihnya lagi untuk membeli barangan keperluan dapur bagi menjalani kehidupan seharian.

“Sebanyak RM10 pula diperuntukkan untuk cucu seramai 7 orang yang tinggal bersama saya dan digunakan untuk membeli makanan atau permainan serta sebagainya.

“Hanya RM5 sahaja untuk saya belanjakan untuk diri sendiri menyebabkan kalau saya menginginkan sesuatu untuk diri sendiri maka saya perlu menyimpannya sikit demi sedikit,” katanya ketika ditemui.

4 Orang Anak

Hasil perkahwinan atas pilihan orang tuanya, dia dikurniakan 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan dengan 2 anak lelaki serta perempuan sudah pun berkahwin.

Semua anaknya, walaupun bekerja, tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan pendapatan yang diperoleh hanya cukup menyara keluarga masing-masing.

Sewa Rumah RM 400 Sebulan

Muniandy berkata, rumah yang mereka diami rumah sewa dan perlu membayar sewa rumah sebanyak RM 400 sebulan kepada pemilik rumah.

Katanya, setiap bulan isterinya menerima bantuan bulanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) RM300 sebulan.

Hasil upah kerja sebagai pencuci pinggan yang disimpan oleh isteri saya itu sebagai tambahan bagi membayar sewa rumah.

“Upah atau gaji saya dibayar secara harian dan jika tidak bekerja sudah tentu saya tidak mempunyai pendapatan untuk keluarga,” katanya.

Berulang Alik Jalan Kaki 3 Kilometer Ke Tempat Kerja

Setiap hari, dia yang tidak mempunyai sebarang kenderaan perlu berjalan dari rumahnya yang terletak di Kampung Perhentian ke restoran berkenaan sejauh 3 km.

Sesekali dia bernasib baik kerana ada juga pengguna jalan raya yang prihatin menumpangkan dia ke restoran terbabit dan jika tidak sudah tentu dia akan bermandi peluh sebelum sampai ke rumah.

Pernah Kerja Tukang Kebun 15 Tahun

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah selama 15 tahun namun disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu menyebabkan pihak majikan terpaksa mengurangkan pekerja.

Berkongsi pengalaman bekerja sebagai tukang cuci pinggan dia berkata, kehidupannya terkesan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wa.bak Cvd kira-kira 2 tahun lalu.

Katanya, semasa itu pemilik restoran hanya menjual secara ‘pesan, bungkus, pulang’ menyebabkan dia hilang pekerjaan dan lebih pe.rit kehilangan pendapatan harian.

“Ketika itu memang ada bantuan yang diterima berupa barangan keperluan harian namun tidak mampu menampung keluarga saya yang ramai.

“Bantuan itu hanya dapat menampung selama beberapa hari sahaja dan pada hari berikutnya kadangkala terpaksa kami makan apa yang ada sahaja.

“Sesekali saya dipanggil menjadi kelindan lori untuk menghantar barang sekitar daerah Muallim dan wang upah itulah digunakan secara jimat cermat untuk menampung keperluan hidup,” katanya.

Tetap Bersyukur Masih Ada Pekerjaan

Walaupun upah yang diterima setiap hari hanya berbaki RM5 namun dia tidak pernah menge.luh dan tetap bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan.

Baginya, selagi kudrat dan tenaga masih ada, selagi itulah dia berusaha menjalani kehidupan seharian dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sehabis baik.

Muniandy berkata, memang kadangkala terasa pe.nat selepas bekerja apatah lagi terpaksa berulang alik dengan berjalan kaki namun demi keluarga tercinta, semua itu dilalui dengan tabah dan redha dengan suratan perjalanan hidupnya.

Katanya lagi, sesukar mana sekali pun perjalanan hidupnya seharian, tetapi beliau tetap bersyukur kerana Tuhan kurniakan tubuh badan yang sihat kepadanya untuk berdikari demi kelangsungan hidup.

Reaksi Warganet

Romzi Romzi – Menjadi ketua keluarga kena ada kekuatan mental dan kesabaran yg kuat….x kira bangsa apa …

Mit0s Mis.tik Alam Ghaib – Baca cerita ni, rasa diri bersyukur dengan apa yang ada sekarang, tak kaya tapi makan minum cukup seadanya. Alhamdullilah. Semoga uncle serta famili ini dimudahkan rezeki.

Suhaila Ismail – Harap ada org yg sudi hadiahkan motosikal atau basikal untuk en.Muniady ni……ringan bebannya pe.nat berjalan kaki g kerja…….

Zai Zaira – Wlaupun dh berusia msh gigih lg mencri rezeki utk kluarga…hrp ada insan yg blh bantu belikn basikal/moto ikut kesesuaian En Muniandy…bab cucu2 nye kita x tau apa yg terjd pd anak menantu hingga sanggup biarkn mak ayah tlg jaga…

Azmira Azmi – Ni la realiti kehidupan rakyat b40.. Kais pg mkn pg.. Kais ptg mkn ptg.. Utk esk blm tentu ada.. Geng atasan cakap pandai ja.. Suruh jimat la.. Bajet la.. Teloq mahai jgn mkn teloq.. Smua mahai.. Nk keda.rah apa.. Terpaksa la ikat perut kdg2 geng b40.. Apa2 pn semoga uncle ni sihat selalu dan dimurahkan rezeki sentiasa..

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *