“Sini Tempat Saya! Anak Saya Cakap…”- Berkeras Mahu Duduk Di Hadapan, Tindakan Pilot Ini Buat Pakcik Tergamam

Gambar hiasan

“Kerusi Saya Di Sini”

Seorang pakcik tua yang baru balik daripada menziarahi anaknya naik sendirian ke dalam kapal terbang untuk pulang semula ke rumahnya. Berbekalkan tiket yang telah diberikan oleh anaknya, dia dengan yakin menuju ke kerusi yang telah ditempah.

Gambar hiasan

Namun begitu, sesuatu yang tidak disangka-sangka telah berlaku..

PRAMUGARI : Pakcik, ni bukan tempat pakcik…tempat pakcik belakang sikit.

PAK CIK : Dok…memey sining la tempat ambo…anok ambo hok jadi cikgu royak doh…tepat ambo ddepey skali…tok payoh gi blakey la.

(Anaknya sengaja beli tiket depan kerana dia tahu tabiat ayah dia suka bersalam dengan semua orang…kalau duk depan tak payah salam)

PRAMUGARI : Bukan pak cik…ni tempat business class, tapi tiket pakcik economy class…belakang sana.

PAK CIK : Dok…jange duk kecek ambo la sebab ambo ingat bbenar pesey anok ambo…

OLEH SEBAB MASALAH TAK BOLEH DISELESAIKAN, MAKA PRAMUGARI TU CUBA MINTA BANTUAN PILOT( KEBETULAN PILOT ORANG KELANTAN)

PILOT : Pokcik Aji…nok gi alah duano ning?

PAK CIK : Ambo nok kelik Klate la…duk Kuala Krai…mari jaley rumoh anok ambo di Australia ning…

Pakcik berkata dia ingin balik ke Kelantan dan memberitahu dia asal Kuala Krai. Katanya lagi, dia baru balik daripada menziarahi rumah anaknya di Australia.

Juruterbang mengangguk dan menjelaskan kepada pakcik dengan perlahan-lahan..

PILOT : Mitok maaf la Pokcik Aji weii…hok depey skali ning bukey nok gi Kota Bharu…Hok ning nok gi alah ko BRAZIL..!!…kalu Kota Bharu, tepat duduk dio alik blakey nung…

PAK CIK : Ooo mujur la awe royak…kalu dok gak, pah ko Brazil la ambo…timo kasih awe deh.

Gambar hiasan

Pesanan penaja: Jangan stres-stres deh. Happy selalu dan senyum sokmo.

Kredit Penulisan : Mohd Hellas

Dah baca, jangan lupa share. Semoga artikel ini menceriakan hari-hari anda…

>HARMAGIDUN<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *