JKM Cari Ibu Kandung 3 Kanak-Kanak Ditinggalkan, Wanita Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Ibu Mereka

JKM Cari Ibu Kandung 3 Kanak-Kanak Ditinggalkan, Wanita Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Ibu Mereka

Semalam, Kosmo melaporkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) menggesa ibu kandung atau waris 3 beradik yang ditinggalkan sejak Mac lalu tampil bagi memudahkan urusan penempatan mereka.

Dalam hantaran Facebook (JKM WPKL) berkata, ibu kandung 3 beradik itu gagal dihubungi selepas berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas selesai urusan.

Gambar dikongsi pihak JKM

Ditinggalkan Di Rumah Pengasuh

Ian Eusoff Abdullah, 5, Imaan Isabela Abdullah, 4, dan Qaseh Maryam Inara, 1, dirujuk pengasuh kanak-kanak dikenali sebagai Puan Bibe yang tinggal di pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

“Menurut pengasuh, ibu kandung yang dikenali dengan nama Aishah Irene, 38, pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah h0spital swasta,”katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri menyebabkan pengasuh sukar menguruskan mereka terutamanya berkaitan kesihatan.

“Pengasuh buat lap0ran p0lis mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan,”katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Shukor Salleh Laslile di talian 03-26124000, email ke shukor@jkm.gov.my atau hadir ke JKM WPKL Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, 50564, Kuala Lumpur.

Wanita Dedahkan Ibu Kandung Abai 3 Kanak-Kanak

Susulan kes tular itu, seorang wanita menerusi Facebook Juliana Seth dalam satu video mengakui mengenali ibu kepada 3 kanak-kanak itu gara-gara pernah jadi perun.tuh rumahtangganya yang telah berusia 17 tahun.

Katanya, walau banyak perkara telah terjadi di antara mereka suatu masa dulu, dia amat berharap agar ibu kandung 3 kanak-kanak itu dijumpai dan dibawa ke JKM. Juliana turut cuba menghubungi bekas suaminya namun gagal mendapat sebarang kerjasama.

Juliana yang merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak turut pernah berdoa di Tanah Suci agar semua pihak yang pernah memfit.nah dirinya mendapat balasan setimpal.

Katanya, tanpa disangka satu persatu kebenaran telah ditunjukkan. Bukan gembira atas kesu.litan dihadapi orang lain, malahan berasa amat bersimpati terhadap 3 beradik itu yang sudah 6 bulan ditinggalkan tanpa khabar orang tua mereka.

Dia turut berharap ins1den ini menjadi asbab, supaya wanita itu insaf daripada terus meng4niaya orang lain.

Jangan abai anak tinggal kat orang asing, enjoy macam kau tiada anak..

Sementara itu, pengguna Facebook SharkyLemon JavaLava berkongsi;

To clarify ehh… Dieorang belum kahwin. For those yang backup dia kata dia dah kahwin dengan bf dia lepas bf dia melamar segala bagai tu,, clearly depa belum kahwin dan ibu tersebut takkan boleh kahwin legally.

Sama2 doakan supaya anak2 tu dapat pembelaan sewajarnya.

Yang mana kenal dia tolong call JKM, bantu JKM cari dia, atau waris dia.

Ada yang tanya mana bapakk budak2 tu kan.. Anak2 tu anak yang sah. Tapi Bin & Binti Abdullah sebab perkahwinan tak didaftarkan di Malaysia masa tu..

(Sekarang dah daftar dah)

Dan segala dokumen anak2 tu ada dengan Si Ibu.

Itu hal peribadi depaa,, lantakk..

Cuma sekarang kita doa banyak2 supaya Allah bukak pintu hati si ibu tu jaga anak2 dia sebaik mungkin. Bukan abaikan tinggal kat orang asing then enjoy macam kau takder anak2 nak diberi makan..

Buat pengasuh yang sudi jaga anak2 tu sebelum ni,, tq so much. Semoga segala kebaikan awak buat dapat pembalasan yang baik jugak..

Lagi sekali sape2 yang kenal Aishah Irene Galibon ni,, mohon call JKM & bantu JKM.. Kesian kat anak2 tu..

Tangkap layar video yang dikongsikan oleh Aisyah Irene, ketika dia dan seorang lelaki membeli belah

Rupanya Bukan 3 Sahaja, Tetapi 6 Orang Anak

Menurut pendedahan di Facebook Karya Karya, katanya wanita yang mengabaikan 3 beradik itu mempunyai 6 orang anak kandung, bukan hanya 3.

Katanya, ramai wanita yang tampil mengadu kepadanya tentang perbuatan Aishah Irene yang juga seorang jururawat terhadap rumahtangga mereka.

Betapa kasihannya anak-anak tanpa kasih sayang ibu. Semoga Puan Aisyah Irene ini terbuka hati dan insaf dengan perbuatannya, kembali ke pangkuan anak-anak, menjadi ibu yang terbaik buat mereka.

Sumber : Kosmo / Facebook Juliana Seth / Facebook SharkyLemon / Facebook Karya Karya

Leave a Reply

Your email address will not be published.