Lelaki Yaman Ditahan, Ini Yang Hendak Dilakukan Buat Mendiang Ratu Elizabeth

Seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana mendakwa dirinya menunaikan ibadah Umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II di Kota Suci Mekah.

Lelaki warganegara Yaman itu memuat naik vide0 di media s0sial memaparkan dirinya berada di Masjidil Haram pada Isnin lalu.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan lelaki terbabit memegang sehelai kain rentang putih dengan tulisan dia membuat umrah untuk Ratu Elizabeth II.

Kain rentang tersebut ditulis, “Umrah Untuk Ratu Elizabeth II, kami berharap dia diterima di syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.”

Susulan daripada itu, video berkenaan menjadi tular khususnya di media sosial Arab Saudi terutamanya di laman Twitter sehingga pengguna di aplikasi tersebut menggesa lelaki terbabit agar ditahan.

Untuk pengetahuan, kerajaan Arab Saudi melarang jemaah untuk membawa kain rentang mahupun melaungkan slogan-slogan.

Individu berkenaan sudah ditahan kerana melang.gar peraturan umrah dan tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya.

Walau bagaimanpaun, umat Islam masih dibenarkan menunaikan Umrah bagi pihak orang Islam yang telah meningg4l dunia tetapi bukan untuk orang yang bukan beragama Islam.

Betapa pentingnya ilmu dalam beragama. Kerana kejahilan serta fanatik tanpa ilmu, amalan ibadah dilakukan dengan semberono.

Di dalam surah At Taubah ayat 113 jelas menyatakan,

“Tidak pantas bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memohonkan ampunan (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik sekalipun orang-orang itu kaum kerabat(nya) setelah jelas bagi mereka bahwa orang-orang musyrik itu penghuni Ner.aka Jahannam.”

Semoga lelaki tersebut sedar akan perbuatannya setelah diberikan pencerahan.

Sumber : The Guardian / Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.