Adik Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Abang Terlantar Dis3rang K4nser

Simpati jiwa insan melihat, sayu dan h1ba lagi jiwa yang menanggung setiap hari. Seorang adik sanggup berk0rban demi menjaga abangnya yang sudah terlantar tidak berdaya.

Seorang buruh binaan, Mohd Shahruddin, 27,  dari Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang, Kelantan sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga abangnya yang hilang upaya untuk bergerak selepas diserang peny4kit k4nser pr0stat.

Ibu Dan Abang S4kit

Abangnya, Muhammad Shahrizan Hamzah, 29, disahkan menghidap peny4kit itu sejak 4 bulan lalu menyebabkan dia hanya mampu terlantar di atas katil selain perlu berulang-alik ke h0spital untuk mendapatkan rawa,tan.

Mohd Shahruddin berkata, keputusan untuk menjaga abangnya diambil selepas ibunya Mek Yam Sorep, 69, turut berdepan dengan masa.lah kesihatan iaitu tekanan d4rah rendah.

“Walaupun tindakan saya (berhenti kerja) akan menjejaskan sumber pendapatan keluarga, namun itu pilihan terbaik yang ada buat masa ini,” katanya wartawan Sinar.

Menurut pemuda itu lagi, abangnya memerlukan penjagaan rapi selepas tidak mampu bergerak seperti manusia normal lain serta terpaksa memakai lampin pakai buang.

5 Adik-Beradik Lain Sudah Berkahwin

Katanya, bagaimanapun dia lega apabila adik-beradik lain turut tampil membantu bagi meringankan beban selain jiran tetangga.

“Hanya saya dan abang sahaja yang belum berkahwin. 5 lagi adik-beradik kami sudah mempunyai keluarga masing-masing,” katanya.

Keperluan Abang RM1,000 Sebulan

Tambahnya, setiap bulan sebanyak RM1,000 diperlukan untuk membeli barangan keperluan abangnya itu.

Mengakui agak buntu dengan keadaan mereka, dia berkata, dengan kedudukannya ketika ini dia buntu memikirkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh mereka sekeluarga.

Tangkap layar maklumat bantuan daripada artikel asal Sinar bertarikh 15 September

Semoga beban ditanggung pemuda ini dan keluarganya diringankan, dimurahkan rezeki bak air mengalir.

Sumber : Sinar

[Makluman!! Pihak Harmagidun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengutip dana buat keluarga ini. Segala tindakan atas tanggungjawab sendiri. Terima kasih]

Leave a Reply

Your email address will not be published.