Percaya Duit Ada ‘Energy’ Wanita Kongsi Cara Berbual Dengan Duit? Ini Hukumnya

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita yang dikatakan mengajar orang ramai berkenaan cara bercakap dengan wang ringgit susulan wanita itu percaya bahawa duit mempunyai ‘energy’ yang tersendiri.

Menurut video yang disiarkan, wanita itu berkata bahawa setiap entiti dalam kehidupan mempunyai ‘energy’ termasuklah duit.

“Wahai duit mu ajaklah kawan-kawan mu yang banyak itu, datang sini beramai-ramai masuk ke dalam dompet saya, akaun saya,” katanya dalam hantaran video tersebut.

Pengaruh Law Of Attraction

Menurut kenyataan seorang pengguna Facebook, Masri Ramli berkata dakwaan seperti itu adalah pengaruh ‘Law of Attraction’ yang masuk tanpa sedar dalam masyarakat.

“Jadi kena selalu cakap-cakap dengan duit, Cium duit, Simpan duit di tempat elok-elok, kalau dompet lusuh kena tukar yang elok.

“Sebab itu ada pakcik makcik yang masuk program motivasi, disuruh cium duit dalam program tu. Sebab tu ada kakak yang ajar ‘positif’ suruh cakap dengan duit paling besar nilai yang kita ada, minta duit tu ajak kawan-kawan dia datang.

Dalam pada itu, Masri berkata bahawa tindakan itu yang cuba dikaitkan dengan ajaran Islam adalah suatu cara bagi mer0sakkan akidah umat Islam.

“Ini bukan ajaran Islam, ini semua berasal daripada ajaran ‘Law of Attraction’ yang membawa kepada akidah ku.fur. Akarnya keku.furan, syi.rik, jadi jangan cuba bawa masuk ke dalam umat Islam.

“Lebih te.ruk, perkara mere.pek ka.rut sebegini cuba diIslamkan. Lalu diajarlah untuk ‘ruqyah’ duit yang ada, amalan ibu duit lah, dan lain-lain,” katanya.

 

 

[Sumber video : Facebook Masri Ramli]

Berasal Dari Akidah Pantheisme, Haram Hukumnya

Sementara itu, menurut seorang pendakwah, Ustaz Mohammed Noor Mohammed Deros, Hukum ‘Energy Duit’ atau bercakap dengan duit kerana mempercayai bahawa duit mempunyai ‘energy’ tersendiri adalah haram kerana Islam amat menolak kepercayaan serta amalan-amalan khurafat.

Menurutnya, ‘Energy Duit’ hanyalah satu istilah dan konsep cabang kepada teori besar Hukum Tarikan (Law of Attraction) yang berasal daripada aqidah Pantheisme gerakan New Age. 

Noor berkata hukum tarikan mendakwa bahawa segalanya hanyalah Minda atau Kesedaran (MK) dan MK yang negatif akan menarik kejadian yang negatif dan yang positif pula menarik kejadian yang sama jenis.

“Ini adalah dakwaan yang tidak berasas kerana yang menentukan kejadian bukanlah minda dan kehendak kita sahaja tetapi ada kehendak yang lebih besar iaitu kehendak Allah.

Memiliki minda yang positif tetapi tidak berusaha gigih dan Allah pula tidak menghendaki apa yang dia kehendaki maka ia tetap tidak akan berlaku dan minda yang negatif tetapi tetap gigih berusaha dan Allah pula kehendaki apa yang dia kehendaki maka perkara itu tetap akan berlaku”.

Beliau berkata ritual-ritual memanggil duit ini sekiranya berhasil boleh dijelaskan secara psikologikal bahawa ia hanyalah satu bentuk mental ‘conditioning’ oleh pelaku ke atas dirinya sendiri untuk berusaha lebih gigih.

Namun sayangnya conditioning itu berdiri diatas sebuah kepercayaan khu.rafat iaitu ‘Energy’ yang ada pada duit itu sendiri akhirnya membuahkan ritual ‘tidak bijak’ bercakap dengan benda m4ti,” tambahnya.

Berpegang teguhlah dengan akidah yang bersih, walau seluruh dunia menentang. Kebenaran sememangnya sukar diterima. Apatah lagi, bila sudah berada di akhir zaman.

Sumber : The Merdeka Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *