Glasier Mengeluarkan ‘Air D4rah’, Inilah Pendedahan Di Sebalik Kejadian Misteri Tersebut

Glasier Mengeluarkan ‘Air D4rah’, Inilah Pendedahan Di Sebalik Kejadian Misteri Tersebut

Bumi mempunyai pelbagai tempat dan kawasan yang penuh mist3ri yang belum di terokai sepenuhnya oleh para saintis. Sebahagiannya telah berjaya dileraikan dengan pelbagai penemuan fakta menarik antaranya bongkahan ais glasier.

Glasier merujuk kepada pengumpulan salji, batu ataupun bongkahan ais. Ia merupakan satu tempat yang sangat sejuk dan dilitupi dengan permukaan salji yang membeku.

Hanya hidupan tertentu sahaja yang mampu hidup pada suhu ekstr3m iaitu berada pada bawah takat beku. Glasier juga merupakan salah satu sumber air tawar terbesar di Bumi.

Namun, satu kejadian aneh dan menakjubkan pernah dilihat oleh seorang ahli geologi, Thomas Griffith Taylor sewaktu melakukan ekspedisi ke McMurdo Dry Valleys of Antartika pada tahun 1911.

Ketika itu, terdapat satu pemandangan mist3ri yang menarik matanya apabila melihat sebuah kawasan glasier yang mengeluarkan sesuatu seperti “air berd4rah” atau dikenali sebagai BIood Falls.

Gambar: Wikipedia

Walaupun sudah berdekad lamanya, para penyelidik mengikuti rapat mengenai kejadian mist3ri itu. Difahamkan, BIood Falls dinamakan bersempena warna kemerah-merahan yang keluar daripada ais glasier.

BIood Falls mengalir di atas Glasier Taylor (sempena nama yang menemuinya, Thomas Griffith Taylor) yang menunjukkan kesan pencairan pada laluan air.

Suhu air -17 darjah celsius

Apa yang menghairankan, suhu air itu mencatatkan rekod -17 darjah celsius di bawah takat beku. Hasil kajian itu mendapati bahawa air itu mengalir dan bukannya membeku.

Dalam satu kajian yang dihasilkan oleh Rachel Feltman, Journal of Galciology menjelaskan bagaimana terbentuknya kejadian mist3ri itu.

Difahamkan, warna merah pada air yang mengalir itu disebabkan oleh alga merah pada glasier, namun dalam kajian itu telah mendedahkan sebaliknya setelah mengimbas lapisan ais tersebut.

The BIood Falls seeps from the end of the Taylor Glacier into Lake Bonney. The tent at left provides a sense of scale for just how big the phenomenon is. Scientists believe a buried saltwater reservoir is partly responsible for the discoloration, which is a form of reduced iron.
Photo : Wikipedia

Punca glasier bertukar warna merah

Seorang ahli National Geographic, Erin C Pettit telah merungkai misteri disebalik BIood Fall dengan menggunakan pengimejan pada bahagian bawah ketulan ais itu.

Hasilnya, mereka berjaya menemukan mist3ri disebaliknya apabila mendapati terdapat rangkaian kompleks aliran air pada glasier berkenaan.

Difahamkan, larutan garam yang tinggi dengan zat besi membuatkan air terjun itu menjadi warna kemerahan.

“Air garam kekal cair dalam persekitaran subglacial dan englacial (ais) kerana haba yang termendap dengan kandungan garam yang tinggi,” maklum kajian itu.

Gambar: India Times

Takungan air di dalam glasier mempunyai kandungan air masin yang luar biasa.  Garam seperti yang diketahui mempengaruhi takat beku yang jauh lebih rendah berbanding air biasa.

Disebabkan perkara itu, air garam membebaskan haba sewaktu ia membeku dan mencairkan ais hingga membentuk sebuah aliran air sungai pada bongkahan ais.

Bahagian ais yang retak pada glasier membuatkan air garam mudah melalui laluan tersebut. Warna kemerahan air itu mewakili jumlah kandungan besi di dalam air.

Air garam yang mengandungi haba itu terus terpendam di dalam ais yang membeku di tengah-tengah kawasan retak glasier hingga membentuk BIood Fall..

Sumber: Smithsonian Magazine, National Geographic

Leave a Reply

Your email address will not be published.