Mem1lukan..Sejak Ayah Tiada, Ciput Jadi Tak Keruan

Kucing boleh dikatakan antara haiwan peliharaan yang sangat manja dan rapat dengan manusia. Keletah mencuit hati antara kucing dan haiwan dirakam dan dimuat naik di media sosial menjadi kegemaran ramai untuk menontonnya.

Pencinta kucing pasti ramai yang mengenali Ciput dan tuannya dek keletah mereka di media sosial yang menghibur dan mencuit. Kini, tiada lagi keletah mereka dapat dilihat oleh pengikut Mohd Roselan Abd Ghani dan kucing kesayangannya, Ciput khan di TikTok sejak pemergian lelaki itu, Ahad lalu.

Mohd Roselan meningg4l dunia kira-kira jam 11.20 pagi di rumahnya dekat S3ksyen 19, Shah Alam disyaki akibat ser4ngan jantung.

Pemergian Mohd Roselan memberi kesan kepada pengikut bapa 3 anak itu yang sebelum ini ternanti-nanti video Allahyarham dengan kucing jantannya, Ciput Khan atau mesra dipanggil Ciput.

Anak sulungnya, Nur Marsya Raiza, 26, yang kerap memuat naik video Mohd Roselan dan Ciput mengakui terke.jut dengan pemergian bapanya kerana tidak menunjukkan tanda kurang sihat sebelum meningg4l dunia.

“Saya menetap di Kajang, Selangor dan ada pulang ke sini (Shah Alam) malam Sabtu lalu cuma tidak sempat jumpa ketika itu kerana ayah sudah tidur sebaik saya sampai… jadi tak nak mengganggunya.

“Pagi keesokannya, saya jenguk bilik ayah dan nampak dia masih tidur, namun tidak lama kemudian dengar jeritan adik daripada tingkat 2 rumah memberitahu ayah tidak bernafas sebelum disahkan meningg4l dunia.

Sempat Keluar Solat Subuh Ke Masjid

“Kami sekeluarga terkejut kerana ayah sempat keluar dengan mama untuk mengerjakan solat Subuh di masjid sebelum meningg4l dunia ,” katanya.

Mengimbas memori lalu, Nur Marsya Raiza berkata, dia mula memuat naik video keletah bapanya dan Ciput sejak 2 tahun lalu iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika PKP lalu, saya saja-saja muat naik video ayah dan Ciput (nama panggilan) tetapi tak sangka pula ramai yang suka.

“Ada juga pengikut minta tip bagaimana melatih kucing seperti yang ayah lakukan kerana suka melihat gelagat Ciput yang pandai dengar kata terutama apabila minta peluk, cium dan menari.

“Penerimaan baik pengikut itu yang mendorong saya rakam dan muat naik video sp0ntan ayah dengan Ciput di TikTok.

“Boleh dikatakan, akan ada satu video saya muat naik dalam tempoh 2 hari dan kerana itu ramai terkejut apabila saya maklumkan ayah sudah tiada,” katanya.

Ciput Kelihatan Tak Keruan

Menurut Nur Marsya Raiza, Ciput dipelihara sejak 10 tahun lalu dan amat manja dengan bapanya tetapi haiwan itu kelihatan seperti tidak keruan sejak kebelakangan ini.

“Lazimnya, Ciput akan melihat daripada tingkap terutama jika ayah keluar ke masjid untuk solat Subuh.

“Sejak ayah tiada, Ciput seolah-olah tercari ayah dan ada pengikut minta saya lakukan apa yang ayah biasa dengan Ciput.

“Nampaknya Ciput beri respon positif dan saya akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin kerana ketika ayah ada, dia terlalu sayangkan kucingnya itu.

“Kami reda walaupun agak se.dih apabila ayah meningg4l dunia sebelum sempat menyambut ulang tahun kelahirannya lusa (17 September).

“Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayah,” katanya.

 

 

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Allahummaghfirlahu wahhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.