Menyed1hkan, Rupanya Ini Punca Sebenar Ejen K0smetik Dicul1k

Cukup mengejutkan apa yang berlaku dalam kes pencu.likan seorang wanita ejen kosmetik di Kelantan.

Polis mendedahkan kes pencul1kan melibatkan wanita tersebut di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat Kota Bharu, Kelantan kelmarin, mempunyai kaitan dengan sind1ket d4dah.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harunberkata, hasil sia.satan mempercayai keluarga terdekat kepada wanita berkenaan mempunyai hubung kait dengan sindi.ket berkenaan.

Polis Tahan Suami Dan 2 Individu Lain

Katanya, susulan itu p0lis  menahan suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan bersama 2 individu termasuk seorang wanita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat semalam bagi membantu sia.satan.

“Hasil sias.atan yang dijalankan polis mendapati mang.sa mengenali sus.pek yang mencul1knya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu semalam.

Muhamad Zaki berkata, hasil semakan mendapati suami mang.sa mempunyai 2 rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi sus.pek lelaki, 7 rekod lampau.

Katanya, kesemua sus.pek ditahan reman 4 hari bagi membantu sia.satan  berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa `dilarikan’  3 lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal.

Rosnazirah Mohd. Naim, 36, didakwa dilarikan  3 lelaki dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Sementara itu, ibu mang.sa, Zahasnah Mohd. Zain, 61, berharap Rosnazirah berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, polis turut memaklumkan akan cuba menyelamatkan wanita tersebut.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mang.sa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali sus.pek yang melarikannya kelmarin,” katanya.

Najis d4dah sememangnya perkara yang memus.nahkan hidup. Semoga wanita tersebut dapat diselamatkan dan dibawa balik ke negara ini, diadili dengan seadilnya.

Sumber : Utusan / Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *