[Video] Pemergian Indah, Ustazah Meningg4l Dunia Ketika Mengaji Di Masjid

Tiada siapa tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. Namun, semua pasti mengharap pengakhiran yang baik. Pemergian yang dicemburui. Itu yang boleh dikatakan terhadap kem4tian seorang ustazah dari Indonesia ini.

Perginya ketika sedang mengaji al-Quran dalam satu majlis ilmu, dalam keadaan melakukan ibadah dan amal soleh. Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.

Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran pada 7.30 pagi, 15 September.

Ustazah Taslimah adalah guru agama yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.

Difahamkan pada ketika itu ustazah Taslimah sedang memimpin Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi semalam.

Baca Surah Al-Baqarah Ayat 163

Berdasarkan video yang tular, Ustazah tersebut dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 163 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.

Namun selang beberapa minit, suaranya semakin bergetar dan perlahan sebelum beliau terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.

“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,”  suara jemaah yang dapat didengar dalam video tersebut.

Ustazah Taslimah Seorang Yang Sopan, Tidak Banyak Bicara, Istiqamah – Pengerusi Masjid

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.

“Allahyarham mening.gal tadi pagi pukul 7.30 (waktu tempatan). Beliau tengah bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.

“Saat baca khatam al-Quran kan baca satu ayat al-Quran, di situ suaranya mulai melemah tapi terus mencuba,” kata Alwy.

Alwy memberitahu, Taslimah sudah berkhidmat sekitar 20 tahun dan merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.

Sebelum mening.gal, Alwy mengatakan keadaan badan Taslimah terlihat baik-baik saja.

Ustazah Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum pukul 6.00 pagi lagi.

Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum majlis itu.

“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke h0spital namun dimaklumkan sudah mening.gal,” katanya.

Berbicara tentang peribadi sosok ustazah itu dari pengamatan kakak dan adik perempuannya, Alwy berkata, “Orangnya sederhana kemudian istiqomah kemudian tidak banyak bicara, sopan kemudian tawaduk, tidak banyak bicara, supellah gitu kurang lebih,” ujarnya.

Innalillaahi wa inna ilaihi roji’un. Semoga kita juga diberikan pengakhiran yang baik. Aamiin.

Sumber : Warta Rakyat / Detiknews

Leave a Reply

Your email address will not be published.