Pi,lu..Anak 10 Tahun Jadi Saksi, Bapa Tunggal Meningg4l Dunia Depan Mata

Aj4l seseorang tiada siapa yang dapat meneka. Apakah datangnya lambat atau sekejap lagi, pun tiada yang dapat mengagaknya.

Seorang lelaki yang juga bapa tunggal ditemukan m4ti di dalam rumahnya di tingkat 1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, di Gua Musang, Kelantan petang kelmarin.

Ketika kejadian, Mohd. Nor Izuan Mohamed, 42, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemukan dalam keadaan tidak se.darkan diri oleh jirannya pada pukul 6.45 petang.

Anak Sedang Bermain-Main, Rupanya Bapa Sudah Pergi Buat Selamanya

Jirannya, Muhammad Syahrul Azuan Che Azamri, 32, berkata, semasa kejadian anak perempuannya yang berusia 8 tahun sedang bermain-main dengan anak lelaki mang.sa.

Katanya, sejurus selepas melihat lelaki itu tidak sedarkan diri, anaknya berlari pulang ke rumah yang terletak bersebelahan dengan bl0k kediaman lelaki berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Tanpa berlengah saya terus ke rumah arwah dan melihatnya sudah tidak sedarkan diri. Saya terus menghubungi  pegawai kesihatan untuk memeriksa keadaannya. Arwah disahkan mening.gal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Sudah Berce.rai, Tinggal Berdua Dengan Anak

Sementara itu, bapa mang.sa, Mohamed Che Abu Bakar, 78, memberitahu, mangsa telah berce.rai dengan isterinya dan tinggal bersama seorang anak lelakinya tersebut yang berusia 10 tahun.

Katanya, setiap hari arwah mengambil nasi di kedainya, namun semalam tidak datang sehingga waktu petang.

Hairan anaknya tidak kunjung tiba, dia bersama seorang lagi anaknya datang ke rumah mang.sa untuk menghantar makanan. Sejurus tiba dirumahnya, didapati mang.sa telah mening,gal dunia.

“Jen4zah selamat dikebu,mikan di Tanah Perku,buran Islam Kampung Kerinting, Gua Musang tengah malam tadi,” ujarnya.

Hakikatnya, setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua pada suatu masa nanti. Semoga Allahyarham yang telah pergi dahulu dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Aamiin.

Takziah buat keluarga yang ditinggalkan. Semoga semuanya bertabah dengan khabar du,ka ini.

Sumber : Utusan / Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.